Page 191 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 191

kredit   wang yang dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman, kemudahan
                     membayar terkemudian daripada penerima barangan, penangguhan
                     pembayaran.

                  landskap   pemandangan alam sesuatu kawasan yang mengandungi unsur-unsur
                     seperti bukit bukau, sungai dan tumbuhan.

                  maksimum   jumlah yang sebanyak-banyaknya, paras yang setinggi-tingginya.
                  martabat   kedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat.
                  material   barang-barang yang digunakan sebagai bahan (untuk sesuatu).
                  memulihara   memulihkan serta memelihara.
                  merdeka   bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan, tidak bergantung pada
                     yang lain.
                  mineral   1. bahan pepejal berhablur seperti kuarza, arang batu, uranium dan
                     sebagainya yang terdapat secara semula jadi dalam kerak bumi dan batuan,
                     bahan-bahan galian.
                     2.  unsur bukan organik yang ringkas, biasanya diperlukan dalam kuantiti sedikit
                     untuk menjalankan metabolisme badan.


                  penjajah   bangsa atau negara yang menjajah negara lain.
                  promosi   segala usaha dan kegiatan untuk menggalakkan atau meningkatkan jualan
                     barang.

                  ramuan  1. bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sesuatu (seperti akar-akar
                     atau dedaun untuk dibuat ubat).
                     2. rempah-rempah atau bahan yang digunakan untuk menyedapkan gulai.
                  refleksologi   terapi yang mengamalkan pengurutan tapak kaki untuk merangsangkan
                     saraf dan dengan itu melegakan rasa tegang.


                  saham   modal sah syarikat yang dicarum oleh pemilik.
                  sakti   kesaktian kuasa yang di luar kemampuan manusia biasa, mempunyai kuasa
                     ghaib.
                  sensitif   mudah (lekas) merasai sesuatu, lekas bergerak balas (memberi reaksi)
                     terhadap sesuatu rangsangan, peka, mudah tersinggung, (perasaan atau peribadi).
                  simpanan tetap   simpanan wang yang tertentu lamanya dengan mendapat bayaran
                     faedah.

                  teruja   timbul minat, keinginan yang kuat terhadap sesuatu, naik semangat, terangsang.
                  toleransi   sikap sabar dan bertolak ansur atau berlebih kurang, sikap dapat menerima
                     atau menghormati pendapat, fikiran dan kepercayaan seseorang.
                  tradisional   bersifat atau bercorak tradisi.

                  ulam   daun-daunan atau buah-buahan mentah (seperti petai, pegaga dan lain-lain)
                     yang dimakan dengan nasi, lalap.


                  warisan   harta peninggalan, harta pusaka, sesuatu yang diwarisi atau turun-temurun.




            184
   186   187   188   189   190   191   192   193   194