Page 190 - Bahasa_Melayu_Komunikasi_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 190
GLOSARI
akaun catatan atau keterangan ringkas tentang urusan yang melibatkan penerimaan
atau pembayaran wang, perbelanjaan.
alternatif pilihan yang merupakan kemestian.
aroma bau (terutama bau yang menyedapkan daripada rempah, pokok dan
sebagainya).
aset wang tunai atau harta benda yang dimiliki oleh seseorang atau sesebuah
institusi.
aura suasana atau perasaan halus yang menyelubungi seseorang.
bakteria organisma seni yang hidup di dalam tanah, air, bahan organik atau badan
tumbuh-tumbuhan dan haiwan dan sesetengahnya boleh menyebabkan penyakit.
bon sijil pelaburan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan.
brosur risalah (yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu).
bunga rampai campuran berbagai-bagai bunga dan daunan yang harum.
cengkaman genggaman/pegangan dengan kuku atau cakar.
daulat bahagia; kebahagiaan (pada raja yang memerintah).
dividen bahagian keuntungan yang dibayar kepada pemegang saham dalam
sesebuah syarikat.
enzim bahan kimia yang terdapat dalam benda hidup (tumbuhan, haiwan) yang
menyebabkan perubahan pada bahan kimia yang lain tetapi tidak pada dirinya
sendiri.
etnik kumpulan sosial manusia yang ada persamaan dalam budaya.
festival pesta keraian besar-besaran.
fleksibel boleh ubah atau disesuaikan.
harmonis selaras, seimbang, sepadan, sesuai atau bersesuaian.
herba tumbuhan kecil yang batangnya (lembut) tidak berkayu, daunnya dapat dibuat
makanan, ubat dan pewangi.
inovasi sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain
yang baharu.
integrasi penggabungan dua atau beberapa kaum, menjadi satu kesatuan.
jelajah pergi berjalan ke merata-rata tempat (untuk menyelidik dan lain-lain).
jubin kepingan daripada tanah liat bakar untuk menutup dinding atau lantai.
kolesterol komponen asid lemak tepu yang terdapat dalam lemak haiwan, seperti
yang terdapat dalam mentega dan sebagainya.
komuniti kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat.
kreatif mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan
sesuatu idea.
183

