Page 88 - Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pendidikan Khas Tingkatan 1
P. 88
Pukulan Lob
Pukulan lob kebiasaannya digunakan untuk acara perseorangan.
Tujuannya bagi memastikan pihak lawan berada di garisan belakang
gelanggang dan mewujudkan ruang di depan gelanggang.
1 Ayunan ke Belakang
• Raket diayun ke bawah dan
ke belakang dengan membuat
hiperekstensi bahagian belakang.
• Siku difleksikan untuk
mengumpul daya. Kepala raket
dibawa ke bahagian belakang
dengan mengangkat siku
ke atas.
2 Ayunan ke Hadapan
• Tolak tangan ke hadapan
dan ke atas dengan membuat
ekstensi siku.
• Bawa berat badan ke bahagian
lengan.
• Longgarkan bahagian
pergelangan tangan dan daya
dipindahkan ke depan.
N
1.7.3 NOTA GURUOTA GURU
2.7.3 • Guru membimbing murid untuk melakukan aktiviti kemahiran asas 79
5.2.4 pukulan lob.
5.5.2

