Page 234 - Matematik Tingkata 3
P. 234
BAB Garis Lurus
BAB
9
9
Apakah yang akan anda pelajari?
9.1 Garis Lurus
Kenapa Belajar Bab Ini?
• Konsep garis lurus digunakan dengan meluas
dalam pembinaan pelbagai bentuk geometri
seperti segi empat sama, segi tiga dan lelayang.
• Konsep garis lurus digunakan dalam bidang
kejuruteraan, arkitek, pembinaan, pemetaan,
sains, sukan dan sebagainya.
ebiasaannya, setiap bangunan dibina secara
Kmenegak. Sesetengah bangunan seperti
Menara Jam Condong Teluk Intan yang telah dibina
pada tahun 1885, menjadi condong disebabkan
struktur tanah. Walaupun berbentuk condong dan
berusia lebih 100 tahun, Menara Jam Condong
Teluk Intan masih kukuh dan menjadi mercu tanda
bandar Teluk Intan. Menara condong ini telah
diisytiharkan sebagai warisan kebangsaan pada
tahun 2015.
Saiz sebenar
224

