Page 7 - Matematik Tingkata 3
P. 7

Pendahuluan






             Buku teks Matematik Tingkatan 3 ini ditulis berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah
             Menengah (KSSM). Buku ini terdiri daripada 9 bab yang disusun dan dirancang secara
             sistematik berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik
             Tingkatan 3.
                Pada permulaan bab, murid akan diperkenalkan kepada bahan rangsangan yang berkaitan
             dengan kehidupan harian untuk merangsang pemikiran murid tentang konsep sesuatu topik.
             Di samping itu, Standard Kandungan dan daftar kata turut disertakan untuk memberikan
             gambaran ringkas tentang kandungan bab.


             Buku ini mengandungi ciri-ciri istimewa seperti berikut:
                                                                  Penerangan
                                                Mengandungi standard kandungan yang akan
                 Apakah yang akan anda pelajari?
                                                dipelajari dalam setiap bab.
                                                Kegunaan  ilmu  bab  ini  termasuk  bidang
                  Kenapa Belajar Bab Ini?
                                                pekerjaan yang berkaitan dengan bab ini.
                                                Sejarah ilmuan terdahulu atau asal usul
                      Eksplorasi Zaman
                      Eksplorasi Zaman
                                                penerokaan bab ini dalam mata pelajaran Matematik.
                   GERBANG   KA T  A            Daftar kata yang terkandung dalam setiap bab.

                    Cetusan Minda               Membantu  murid  memahami  konsep asas
                                                matematik  melalui  aktiviti  individu, berpasangan

                   Kendiri  Berpasangan  Berkumpulan  atau kumpulan.
                   Belajar   di Luar   Bilik   Darjah
                     BULETIN                    Memberi maklumat tambahan yang menambahkan
                                                info berkaitan dengan bab yang dipelajari.


                                                Soalan untuk menguji sejauh mana kemampuan
                      K U I Z                   murid dalam memahami kemahiran tertentu dalam
                                                setiap bab.

                                                Menarik  perhatian  murid  kepada  fakta  tambahan
                    PERINGATAN                  yang  perlu  diketahui,  kesilapan  yang  sering
                                                dilakukan murid dan mengelakkan kecuaian murid.


                         TIP                    Mendedahkan murid kepada pengetahuan tambahan
                                                yang perlu diketahui.


                      BIJAK MINDA               Mengemukakan  soalan  yang  merangsang  minda
                                                murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif.
                                                                                            Saiz sebenar

                                                                                                   v
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12