Page 10 - Matematik Tingkata 3
P. 10

BAB                         Indeks
          BAB
             1
             1
















                 Apakah yang akan anda pelajari?



             1.1   Tatatanda Indeks

             1.2   Hukum Indeks




            Kenapa Belajar Bab Ini?

           •  Penulisan  suatu  nombor  dalam  bentuk  indeks
              membolehkan  nombor  tersebut  dinyatakan
              dalam bentuk yang ringkas dan mudah difahami.
              Pelbagai  operasi  matematik  yang  melibatkan
              nombor dalam bentuk indeks dapat dijalankan
              dengan  menggunakan hukum-hukum indeks.
           •  Konsep indeks digunakan dalam bidang sains,
              kejuruteraan, perakaunan, kewangan, astronomi,
              perkomputeraan dan sebagainya.


              asik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu,
           TTerengganu, merupakan tasik buatan manusia yang
           terbesar di Asia Tenggara. Tasik Kenyir terkenal sebagai
           satu destinasi pelancongan dunia kerana keindahan alam
           semula jadi yang unik. Tasik Kenyir juga merupakan
           kawasan tadahan air yang penting. Empangan Kenyir
           yang dibina pada tahun 1985, membekalkan  air
           kepada Stesen Jana Kuasa Sultan Mahmud. Anggaran
           keluasan kawasan tadahan air di empangan utama
           ialah 2 600 km² dengan isi padu takungan sebanyak
           13 600 juta meter padu. Pada musim tengkujuh, isi padu
           tadahan air akan meningkat secara mendadak. Apakah
           tindakan yang harus diambil dalam situasi sebegini?
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15