Page 87 - Matematik Tingkata 3
P. 87

Bab 3  Matematik Pengguna: Simpanan
                                                                        dan Pelaburan, Kredit dan Hutang
             (c)  Baki belum dijelaskan = RM5 200
                Tempoh dikenakan caj kewangan = 15 hari = (15 ÷ 365) tahun
                Faedah yang dikenakan = RM5 200 × [(18 ÷ 100) × (15 ÷ 365)] = RM38.47
                                ( )
                                  1
                Caj bayar lewat =  —–  × (RM5 200 + RM38.47) = RM52.38
                                 100
                   Jumlah terkini dalam bulan Februari = RM5 200 + RM38.47 + RM52.38 = RM5 290.85

                  Bagaimanakah anda menyelesaikan masalah yang                   STANDARD
                 melibatkan penggunaan kad kredit?                               PEMBELAJARAN
                                                                              Menyelesaikan masalah
             Kita sebagai pengguna kad kredit harus sedar tentang kelebihan dan   yang melibatkan
                                                                              penggunaan kad kredit.
             kekurangan kad kredit. Kita harus mengambil kira beberapa faktor
             sebelum menggunakan kad kredit seperti baki had limit yang sedia ada,                         3
             aliran tunai semasa dan sebagainya.
                                                                                                           BAB
             Contoh  17

             Cik Chin ingin membeli satu beg tangan buatan Perancis secara atas talian.
             Beliau melayari internet dan menjumpai dua promosi menarik berikut:
             (a)   Syarikat L di Singapura menawarkan harga promosi SGD250. Untuk   SGD250
                tempahan daripada luar Singapura, caj kiriman SGD50 dikenakan.
             (b)   Syarikat V di Malaysia menawarkan harga promosi RM799. Penghantaran adalah percuma
                untuk semua tempahan ke alamat tempatan.
             Cik  Chin  bercadang  membuat  pembayaran  dengan  kad  kredit  dan  beliau  faham  bank  akan
             mengenakan caj tambahan 1% ke atas setiap transaksi daripada luar negara. Andaikan kadar semasa
             pertukaran mata wang untuk ringgit Malaysia ialah

                                                RM1 = SGD0.34
             Sebagai pengguna bijak, tawaran manakah yang Cik Chin harus pilih? Berikan justifikasi anda.
             Penyelesaian:
             Cik  Chin  harus  membandingkan  harga  sebenar  yang  akan  dibayar  jika  membeli  daripada  dua
             syarikat tersebut.
             (a)  Syarikat L:
                Harga promosi = SGD250 × (1 ÷ 0.34) = RM735.29
                Caj kiriman = SGD50 × (1 ÷ 0.34) = RM147.06
                                                    ( )
                                                      1
                Caj tambahan oleh bank = RM735.29 ×  —–  = RM7.35
                                                    100
             Harga sebenar yang akan dibayar = RM735.29 + RM147.06 + RM7.35 = RM889.70

             (b)   Syarikat V:
                Harga promosi = RM799

                Harga sebenar yang akan dibayar = RM799
            Walaupun  harga  promosi  yang  ditawarkan  oleh  Syarikat  V  adalah  lebih  murah,  namun  harga
            sebenar yang akan dibayar adalah lebih tinggi disebabkan caj-caj tambahan yang dikenakan untuk
            pembelian secara atas talian dari Syarikat V. Jadi, Cik Chin harus membeli dari Syarikat L kerana
                                                                                            Saiz sebenar
            dapat berjimat RM90.70.
                                                                                                  77
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92