Page 84 - Matematik Tingkata 3
P. 84

Contoh  15

           Encik  Syed membeli  sebuah pendingin  hawa yang berharga RM3 200 pada  15 Julai  2018.
           Beliau kekurangan wang tunai sebanyak RM1 200 tetapi memiliki kad kredit dari Bank Cemerlang.
           Beliau juga tahu bahawa kekurangan wang tunai ini boleh dibayar pada hujung bulan tersebut
           apabila beliau mendapat gaji.
           (a)  Apakah cara kemudahan kredit yang boleh digunakan oleh Encik Syed untuk mengatasi
               masalah kekurangan wang tersebut?
           (b)  Nyatakan kelebihan dan kelemahan cara pembayaran yang anda nyatakan dalam jawapan (a).

           Penyelesaian:
           (a)  Encik Syed boleh menggunakan kemudahan kad kredit.
           (b)  Penggunaan kad kredit adalah lebih senang sekiranya Encik Syed membayar balik kreditnya
    3
    BAB        dalam tempoh tanpa faedah supaya beliau tidak akan dikenakan sebarang caj.

            Cetusan Minda 2
                                         Berkumpulan
             Tujuan: Kesan penggunaan kad kredit bagi pembelian barang-barang secara atas talian.
             Langkah:
             1.  Bahagikan kelas kepada empat hingga lima kumpulan.
             2.  Setiap murid dalam kumpulan boleh melayari internet atau laman web berkaitan tajuk
                 perbincangan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
             3.   Maklumat yang dikumpul harus dibentangkan dalam peta pemikiran yang sesuai di hadapan
                 kelas.
             4.  Peta pemikiran yang terbaik akan dipaparkan di sudut matematik.
























             Perbincangan:
             Apakah kesan pembelian barang-barang secara atas talian?


           Hasil daripada Cetusan Minda 2, didapati bahawa pembelian barang-barang melalui atas talian
           boleh menyebabkan pengguna berbelanja secara boros dan menyebabkan mereka berhutang. Maka,
    Saiz sebenar
           kita harus berhati-hati semasa membeli barang-barang secara atas talian.
          74
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89