Page 82 - Matematik Tingkata 3
P. 82

UJI  MINDA     3.1f

           1.  Berikut ialah dua orang pelabur yang melabur wang persaraan mereka.
                 Encik  Rasamanie  menerima  wang persaraan  dari  syarikatnya  sebanyak  RM600 000.
                Beliau membeli satu lot kedai dua tingkat di Bangi, Selangor dan menerima sewa bulanan
                sebanyak RM3 500.








    3
    BAB                                                       Sewa bulanan
                                                                RM3 500
                  Encik  Nik Izwan menerima  wang persaraan  dari syarikatnya  sebanyak RM600 000.
                Beliau menyimpan RM150 000 dalam akaun simpanan tetap di sebuah bank perdagangan
                dengan kadar faedah 4% setahun. Beliau juga membeli unit amanah saham bernilai RM150 000.
                  Pada  masa  yang  sama,  Encik  Nik  Izwan  juga  membeli  saham  di  Syarikat  Cepat  Maju
                bernilai RM100 000. Baki wang persaraan digunakan untuk membeli sebuah pangsapuri
                kos sederhana di Ampang dan menerima sewa sebanyak RM1 200 sebulan.












                                                   Sewa bulanan
                                                     RM1 200

              (a)  Jelaskan tahap risiko pelaburan kedua-dua individu tersebut.
              (b)  Pada pandangan anda, siapakah merupakan pelabur yang bijak? Berikan justifikasi anda.
              (c)   Apakah faktor-faktor yang harus dipertimbangkan  sebelum seseorang melabur  dalam
                  hartanah?
           2.  Pada tahun 2015, Encik Wong membeli sebuah rumah dengan harga sebanyak RM540 000.
              Beliau  membayar 10% wang pendahuluan dan bakinya dibayar melalui pinjaman. Setelah
              menduduki rumah tersebut selama 20 tahun, Encik Wong mengambil keputusan untuk menjual
              rumah tersebut dengan harga RM900 000. Berikut ialah perbelanjaan yang terlibat.
                          Jumlah ansuran bulanan yang dibayar           RM666 000
                          Duti setem                                    RM15 000
                          Ejen komisen                                   RM8 000
                          Perbelanjaan lain                             RM18 000
    Saiz sebenar

              Hitung nilai pulangan pelaburan bagi Encik Wong.
          72
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87