Page 117 - Pendidikan_Sains,_Sosial_dan-Alam_Sekitar_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 117
Ciri-ciri Permainan Tradisional Malaysia
Gasing
Layari laman web http://
arasmega.com/qr-link/gasing/
untuk menonton video
Peralatan: Gasing dan tali gasing gasing.
(Dicapai pada 22 Ogos 2017)
Permainan:
Permainan gasing mempunyai paksi di bahagian bawah dan dipusingkan
dengan tali. Gasing mempunyai pelbagai bentuk bergantung pada jenis
gasing. Antara jenis gasing ialah gasing pangkah, gasing uri dan gasing
pinang. Bentuk-bentuk gasing diberi nama seperti jantung, beremban dan
telur. Permainan ini dimainkan oleh kaum Melayu sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka hampir lebih kurang 600 tahun yang lalu. Kebiasaannya,
gasing dimainkan selepas musim menuai.
Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2017.
Congkak
Layari laman web http://
arasmega.com/qr-link/
congkak/ untuk menonton
Peralatan: Papan congkak dan buah congkak video congkak.
Permainan: (Dicapai pada 22 Ogos 2017)
Permainan congkak dimainkan dengan biji-bijian seperti biji saga atau biji
getah yang diletakkan dalam lubang pada tanah atau kayu. Pemain dengan
buah terbanyak akan memenangi perlawanan tersebut. Papan congkak
biasanya diperbuat daripada kayu seperti merbau, rambutan, nangka dan
sebagainya. Peralatan ini direka seperti bentuk sebuah perahu nelayan atau
ikan belah dua.
Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2017.
• Guru membincangkan ciri-ciri lain yang berkaitan dengan gasing
dan congkak. 107
9.1.2 • Guru menghuraikan dengan lebih lanjut tentang cara permainan
tradisional tersebut.

