Page 118 - Pendidikan_Sains,_Sosial_dan-Alam_Sekitar_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 118

Wau










                                                                      Layari laman web http://
                                                                      arasmega.com/qr-link/wau/
                                                                      untuk menonton video wau.
                                                                      (Dicapai pada 22 Ogos 2017)

           Peralatan: Wau dan tali
           Permainan:
           Wau  bersaiz  besar,  berat  dan  mempunyai  corak  yang  pelbagai  serta
           diperbuat  daripada  kertas  dan  buluh.  Terdapat  pelbagai  bentuk  dan
           nama wau seperti wau bulan, wau daun, wau kucing dan lain-lain. Wau
           dapat diterbangkan ke udara dengan menggunakan tali. Bentuknya ialah
           berkepala, bersayap, berekor dan bertali teraju. Permainan ini telah wujud
           sejak zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah.
                                                                  Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2017.
           Konda kondi












                                       Kayu panjang
                                                                     Layari laman web http://
                                       Kayu pendek                   arasmega.com/qr-link/konda-
                                                                     kondi/ untuk menonton video
           Peralatan: Kayu panjang dan kayu pendek                   konda kondi.
           Permainan:                                                (Dicapai pada 22 Ogos 2017)

           Konda  kondi  dimainkan  menggunakan  dua  batang  kayu.  Kayu  pendek
           disungkit menggunakan kayu panjang menerusi lubang yang disediakan.
           Mata permainan dikira dengan mengukur jarak daripada tempat pukulan
           ke tempat jatuhnya kayu pendek. Konda kondi juga dikenali sebagai perik
           mata, katuk keli, cungkil kayu ataupun sepit udang. Terdapat empat langkah
           dalam permainan ini, iaitu cungkil mata, pukul gong, pukul lambung dan
           patuk ayam.
                                                                  Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2017.
         108
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123