Page 119 - Pendidikan_Sains,_Sosial_dan-Alam_Sekitar_Pendidikan_Khas_Tingkatan_2
P. 119

Batu Seremban










                                                                    Layari laman web http://
                                                                    arasmega.com/qr-link/batu-
                                                                    seremban/ untuk menonton
                                                                    video batu seremban.

             Peralatan: Lima atau tujuh biji batu                   (Dicapai pada 22 Ogos 2017)
             Permainan:
             Batu seremban dimainkan dengan menggunakan batu kecil, gundu kacang
             tanah ataupun biji getah yang di lambungkan dan disambut. Giliran pemain
             akan terbatal jika batunya tercicir. Pemain yang mempunyai kiraan batu
             terbanyak  dikira  pemenang.  Permainan  ini  juga  dikenali  sebagai  batu
             selambut atau serembat. Batu seremban telah diangkat sebagai Warisan
             Kebangsaan pada tahun 2012 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005
             (Akta 645).
                                                                   Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2017.
             Sepak Raga












                                                                       Layari laman web http://
                                                                       arasmega.com/qr-link/sepak-
                                                                       raga/ untuk menonton video
             Peralatan: Bola raga                                      sepak raga.
                                                                       (Dicapai pada 22 Ogos 2017)
             Permainan:
             Untuk bermain sepak raga, semua pemain perlu berdiri dan membentuk
             satu bulatan. Pemain perlu menendang bola raga supaya tidak jatuh ke
             tanah. Bola ini dianyam daripada rotan. Jika bola jatuh ke tapak permainan,
             pusingan tersebut akan ditamatkan. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,
             permainan ini turut dimainkan oleh golongan bangsawan dan pembesar
             istana. Permainan sepak raga memerlukan kecekapan dan kepantasan kaki
             dalam menimbang bola.
                                                                   Sumber: Jabatan Warisan Negara, 2017.

                             • Guru membawa peralatan permainan dan menunjukkan cara
                              bermain kepada murid.                                               109
          9.1.2              • Guru menayangkan video permainan.
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124