Page 28 - Kit Program Transisi Murid Tahun 1 (8 Jan 2021)
P. 28

3.    Ibu Bapa/Penjaga

                 Ibu  bapa/penjaga  merupakan  orang  yang  paling  dekat  dengan  murid.  Justeru,
                 pelibatan ibu bapa adalah sangat penting dalam persediaan anak ke Tahun Satu.

                 Persediaan ibu bapa/penjaga adalah seperti berikut:

                 i.    Persediaan anak dari aspek mental, sosioemosi dan fizikal
                 ii.   Persediaan kelengkapan pembelajaran seperti alat tulis, buku dan pakaian

                 iii.   Bersedia menyokong pembelajaran anak
                 iv.   Pelibatan dalam aktiviti dan perkembangan sekolah











           4.    Murid

                 Kesediaan murid untuk pembelajaran di tahun satu adalah faktor penentu kepada
   16            pembelajaran murid seterusnya. Murid perlu bersedia dari aspek penyesuaian diri

                 dan  sikap  terhadap  pembelajaran  serta  penguasaan  literasi  dan  numerasi  awal
                 sebelum hadir ke Tahun Satu. Perincian adalah seperti berikut:

                 i.    Berupaya mengurus diri

                 ii.   Minat ke sekolah
                 iii.   Berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, rakan sebaya dan

                       guru
                 iv.   Bersikap positif untuk mengikuti pembelajaran
                 v.    Mempunyai kemahiran asas seperti pratulis, prabaca dan pranombor
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33