Page 26 - 三年级国文
P. 26
SJK(C)SIN HWA
Simpulan Bahasa
Bil Simpulan Bahasa Maksud / Contoh Ayat
Unit 1 (BT m/s 6 , BA m/s 5)
1 ada bakat berkebolehan dalam bidang tertentu.有某方面的才华
❖ Anis ada bakat dalam bidang melukis.
2 ambil berat ambil perhatian. 重视
❖ Puan Chong selalu mengambil berat terhadap
pelajaran dan kesihatan anaknya.
3 ambil hati pandai memikat hati seseorang. 很会讨人欢心
❖ Yen Ni disukai oleh semua guru kerana dia
pandai ambil hati guru-gurunya.
4 anak emas anak kesayangan ibu atau bapa.被宠爱的子女
❖ Ming Hua ialah anak emas dalam keluarganya.
5 anak tunggal anak yang tidak mempunyai adik-beradik.独生子
❖ Mak Cik Fatin mempunyai anak tunggal bernama
Haikal.
6 buah hati orang yang dikasihi.爱人
❖ Buah hati Farid jujur dan penyayang.
7 ibu tunggal ibu yang membesarkan anaknya seorang diri tanpa
suami.单亲妈妈
❖ Syafikah tinggal bersama dengan ibu tunggal
setelah ayahnya meninggal dunia.
8 terang hati mudah belajar.容易学习
❖ Alif selalu mendapat markah tertinggi dalam
semua mata pelajaran kerana dia terang hati.
9 makan angin bercuti.度假
❖ Keluarga Rasimi makan angin di Pulau Mabul
pada cuti sekolah yang lalu.
25

