Page 3 - LATEST BUKU PROGRAM PIBG KALI KE 7 2023
P. 3
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 7 Tahun 2023
YANG DIPERTUA PIBG
KOLEJ TINGKATAN ENAM SHAH ALAM
ENCIK ADIEF BIN ALIAS
Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat llahi
kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat lagi mengadakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7. Saya berasa amat bangga dengan
kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke mesyuarat pada hari ini, yang
jelas membuktikan komitmen dan iltizam yang tinggi terhadap
tanggungjawab serta peranan kita dalam organisasi yang kita anggotai.
Mudah-mudahan menerusi mesyuarat ini, idea-idea baharu akan
diperoleh bagi tujuan pembangunan ilmu dan kecemerlangan kolej ini.
Selaku Yang Dipertua PIBG, saya mempunyai hasrat yang tinggi dalam usaha membantu
peningkatan akademik, pembangunan kolej dan sahsiah pelajar-pelajar kolej ini selaras dengan
tanggung jawab kami bagi membantu pihak kolej dalam apa-apa jua bidang termasuklah
penyediaan prasarana kolej yang kondusif. Pautan yang jitu antara guru, pelajar dan ibu bapa
sangat penting untuk menyusur aras perubahan dalam pendidikan. Oleh itu, saya ingin mengajak
kesemua ibu bapa pelajar-pelajar Kolej Tingkatan Enam Shah Alam ini agar sentiasa bersedia
memberikan sokongan dan kerjasama untuk memperkukuh lagi kemampuan sedia ada di kolej ini
dan memainkan peranan dalam menjayakan sarana ibu bapa-kolej. Sumbangan tuan/puan telah
digunakan dengan sebaik-baiknya untuk melaksanakan program kolej bertujuan meningkatkan
pencapaian akademik dan sahsiah anak-anak kolej ini.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak KTESA
atas kejayaan demi kejayaan yang dicapai baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Semoga pada tahun ini lebih banyak kejayaan akan dicapai. Setinggi-tinggi terima kasih kepada
para guru atas usaha gigih tanpa jemu dalam mencurahkan ilmu kepada anak-anak kami. Saya
berharap pihak kolej akan terus merancang dan melaksanakan program yang mampu membentuk
minda dan sahsiah anak-anak kami. Harapan kami sebagai ibu bapa agar pihak kolej akan terus
berusaha melahirkan generasi yang lebih terbilang sebagai pemangkin ke arah kejayaan masa
depan.
Akhir kata, saya amat berharap kerjasama antara dua pihak terjalin erat dan sentiasa sepakat demi
kecemerlangan pelajar-pelajar kolej ini. PIBG perlu bergerak seiring bagi merealisasikan segala
matlamat dalam mengejar kecemerlangan agar tercapai. Semoga impian kita untuk melihat anak
kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan misi dan visi kolej ini.
Ayuh tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sama-samalah kita berganding bahu menggembleng
tenaga demi masa depan anak bangsa kita.Sekian, terima kasih .
3 3

