Page 4 - LATEST BUKU PROGRAM PIBG KALI KE 7 2023
P. 4

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 7 Tahun 2023













               PENGETUA
               KOLEJ TINGKATAN ENAM SHAH ALAM
               TUAN HAJI MOHD ZAILANI BIN OTHMAN

               Bismillahirrahmannirrahim
               Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

                                       Sebagai pembuka bicara, marilah kita bersama-sama mengucapkan rasa
                                       syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurniaNya sehingga membolehkan
                                       usaha untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-7 dapat
                                       diterjemahkan pada hari ini.  Sekalung penghargaan juga diberikan kepada
                                       para ibu bapa yang sudi meluangkan masa menghadiri mesyuarat pada hari
                                       ini. Kehadiran ibu bapa besar ertinya kepada pihak kolej  sebagai tanda
                                       sokongan dan komitmen mereka terhadap kolej ini.

                                       Pada kesempatan ini, diharapkan kita semua dapat menjana idea-idea yang
                                       bernas dalam merealisasikan visi dan misi kolej. Adalah menjadi hasrat kita
                                       agar Kolej Tingkatan Enam Shah Alam  mampu menjadi sebuah kolej yang
               berjaya dan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Kita semua mengharapkan
               peningkatan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum seiring dengan pemantapan sahsiah pelajar.
               Hanya dengan kerjasama berterusan daripada semua pihak,  maka anak-anak didikan kolej ini dapat
               dibentuk menjadi  insan yang cemerlang dari segi sahsiah , akademik serta kokurikulum.  Maka,
               marilah kita bersama-sama  mengorak  langkah  untuk  membantu  pihak  kolej  menggapai  impian
               iaitu melahirkan insan yang cemerlang  dalam semua aspek. Ibu Bapa dan Guru hendaklah bersatu
               hati menghadapi segala cabaran dan dugaan yang mendatang.

               Saya bagi mewakili pihak warga kolej ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak
               yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program kolej. Pada tahun
               2023 ini. pelbagai program transformasi dan penambahbaikan peningkatan akademik, kokurikulum
               dan sahsiah telah dirancang. Justeru, pihak kolej dan PIBG perlu bergerak seiring bagi merealisasikan
               segala matlamat.
               Insya-Allah, semoga Allah swt memberkati kerjasama  kita dalam  menjalankan tanggungjawab
               mendidik anak-anak kita menjadi  insan yang berilmu dan cemerlang akhlaknya. Seterusnya menjadi
               rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara.  Semoga impian kita untuk melihat melihat
               kejayaan anak-anak didik ini akan tercapai selaras dengan misi dan visi kolej ini.
               Akhir kata, saya amat berharap kerjasama antara dua pihak sentiasa terjalin erat demi kecemerlangan
               anak-anak kolej ini.  Semoga Kolej Tingkatan Enam Shah Alam terus unggul dan cemerlang dalam
               semua aspek.

               Sekian Terima kasih.





                                                            4   4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9