Page 19 - Buku Panduan Skim Lencana Maju Pengakap Muda
P. 19

Semasa  perkhemahan  bendera  pengakap  tidak  perlu  diturunkan  dari  tiang
               bendera  sehingga  tamat  perkhemahan.  Bendera  negeri  dan  bendera  Malaysia
               sahaja yang diturunkan pada tiap-tiap pukul 6.00 petang dan dinaikkan semula oleh
               pengakap bertugas pada pukul 6.00 pagi esoknya.
                   Pada  setiap  kali  istiadat  ini  dijalankan,  satu  tiupan  wisel  akan  dibunyikan  dan
               sebaik  sahaja  selesai  dinaikkan,  satu  tiupan  wisel  dibunyikan.  Dalam  jangka  masa
               dua  tiupan  wisel  ini,  semua  pengakap  dikehendaki  berdiri  tegak  dan  tidak
               dibenarkan melakukan sebarang perkara.
                   Ini  dilakukan  sebagai  tanda  hormat  kepada  bendera.  Peringatan:  Bendera
               adalah  lambang  kebesaran.  Pengakap  tidak  boleh  melangkah  atau  menjadikan
               pengalas dan mengibarkan terbalik. Bendera hendaklah sentiasa disimpan dengan
               baik dan selamat.


                   4. Memanjat tali / pokok setinggi 5 meter

                   Seseorqng itu perlu menguasai beberapa teknik semasa memanjat pokok. Cara
               memanjat tali juga perlu mempunyai kemahiran, kekuatan dan kombinasi antara
               kaki dengan tangan.



































               Memanjat tali memerlukan kombinasi 2 anggota iaitu tangan dan kaki.
               Cara melakukan aktiviti ini adalah dengan :
                   1.  Pegang tali pada aras muka dan sepitkan tali antara kedua-dua belah kaki.
                   2.  Gunakan  kekuatan  kedua-dua  belah  tangan  untuk  memanjat  dan  kedua-
                      dua belah kaki untuk bertahan.
                   3.  Semasa kaki bertahan, tangan hendaklah menjangkau ke bahagian atas tali
                      sekaligus menarik badan keatas.
                   4.  Seterusnya  gunakan  tangan  untuk  bertahan  sementara   kaki  dinaikan
                      menurut  tali.
                   5.  Langkah 2-3 diulang sehingga sampai atas.



                                                           18
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24