Page 20 - Buku Panduan Skim Lencana Maju Pengakap Muda
P. 20
C. KEMAHIRAN BERPENGAKAP
1. Menjaga, mengasah, menyimpan
kapak dan gergaji
Kapak merupakan sebuah alat yang sangat
penting dalam kegiatan berpengakap dan semasa
berkhemah. Seseorang pengakap perlu mengetahui
jenis-jenis kapak dan kegunaannya. Setiap bentuk
mata kapak mempunyai kegunaan yang berbeza-
beza.
BAHAGIAN-BAHAGIAN KAPAK
Kapak mempunyai dua bahagian utama, kepala kapak dan pemegangnya.
Kepala kapak ataupun mata kapak mempunyai bahagian yang tajam (mata
kapak) di satu bahagian yang diletakkan pada penghujung suatu pemegang.
Pemegang Kapak biasanya dibuat menggunakan kayu keras yang tahan
lama dan tahan lasak, Tetapi pada masa ini bahan plastik dan juga besi sudah mula
digunakan untuk menggantikan kayu pemegang.
Pemegang kapak pada masa sekarang ini biasanya dibuatkan sedikit
melengkung untuk membolehkan pengguna mendapatkan pegangan yang lebih
baik dan daya yang lebih semasa mengayun kapak.
19

