Page 23 - Buku Panduan Skim Lencana Maju Pengakap Muda
P. 23
MENYIMPAN KAPAK
Cara yang paling selamat untuk mengelakkan
kapak daripada mencederakan adalah
seperti berikut:
1. Menyimpannya di poket khas yang
telah disediakan. Pembalut mata ini
biasanya diperbuat daripada kulit dan
ia selamat.
2. Memakukkan mata kapak pada tunggul kayu atau batang kayu.
FAKTOR KESELAMATAN
1. Mata kapak mestilah sentiasa tajam
2. Jangan pakai pakaian yang labuh sehingga mengganggu keselesaan
sewaktu bekerja
3. Jangan pakai skaf sewaktu bekerja
4. Pakai kasut yangb sesuai semasa bekerja
5. Pastikan tiada orang yang berhampiran sewaktu bekerja
6. Sentiasa menjaga kapak supaya tidak tercabut daripada pemegangnya
7. Sebaik sahaja selesai menggunakannya, kapak hendaklah disimpan di
tempat yang selamat
GERGAJI
Gergaji ialah sejenis alat yang digunakan
untuk memotong sesuatu. Bilah gergaji
biasanya bergerigi, dan bentuk gigi
gergaji bergantung kepada bahan yang
dipotong, contohnya kayu atau logam.
Ada banyak jenis gergaji. Antaranya merupakan peralatan tangan yang bekerja
dengan kekuatan otot. Beberapa gergaji memiliki sumber tenaga lain seperti stim,
air atau elektrik dan lebih kuat dari gergaji tangan.
Gergaji biasanya menimbulkan bunyi bising. Menggunakan gergaji untuk
memotong bahan agak berbahaya kerana tepinya yang tajam. Bahagian suatu
benda yang dipotong gergaji boleh terbang tanpa disedari dan berbahaya buat
pernafasan, mata dan kulit. Gergaji dapat menghasilkan keratan yang kemas dan
amat perlu semasa perkhemahan.
22

