Page 27 - Buku Panduan Skim Lencana Maju Pengakap Muda
P. 27

3. Simpulan dan Ikatan

                   Dianggarkan  terdapat  lebih  kurang  3000  jenis  simpulan  dan  ikatan.  Tali  yang
               digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara,
               penyelamat,  pendaki  gunung,  mengikat  kapal  di  pelabuhan,  penggunaan  khas,
               perhiasan  dan  kegiatan  luar.  Kita  juga  selalu  menggunakan  berbagai-bagai  jenis
               ikatan dan simpulan pada setiap masa. Empat definisi yang perlu diketahui tentang
               simpulan dan ikatan, iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), sambat (splicing) dan
               mematikan hujung tali(whipping)

               Simpulan
               Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia
               digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan
               ialah seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan
               sebagainya. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di
               hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.

               Ikatan
               Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan,
               tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan
               berpengakap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya,ikat
               serong, ikat silang gunting dan lilit balak.

               Sambat
               Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan.
               Meyambungkan dua tali dengan menggunakan kaedah sambat sangat baik dan
               selamat semasa digunakan. Sambat yang biasa digunakan seperti sambat balik,
               sambat pendek dan sambat mata.

               Mematikan hujung tali
               Seorang pengakap tidak menggunakan tali sebelum hujung tali dimatikan.
               Keadaan ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali
               dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.

                                       IKATAN DAN SIMPULAN LENCANA MAJU

               1. TINDIH KASIH BERGANDA


                                                            Menyelamat orang dan dua tanjul itu
                                                            boleh diubah untuk kesesuaian orang
                                                            sakit, sama seperti kegunaan tindih kasih
                                                            biasa

                                                            Lebih kukuh berbanding tindih kasih biasa
                                                            kerana terdapatnya dua utas tali

                                                            Digunakan juga semasa kerja-kerja
                                                            menyelamat.





                                                           26
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32