Page 15 - Emajalah Seni Khat
P. 15
sejarah seni khat
"Seni adalah jiwa dan jiwa adalah seni. Jiwa yang tidak berseni
dan seni yang tidak berjiwa adalah seni yang mati dan jiwa yang
mati" – Amiera_ns. Ungkapan yang lebih ironis tentang memaha-
mi kesenian Islam ini menggambarkan betapa halusnya nilai seni
yang terpancar pada setiap huruf seni khat.
Lakaran-lakaran seni dan tulisan diadun bahasa kir sehingga
menjadi untaian tali jiwa dalam memahami erti kehidupan sarwa-
jagat, membangkitkan nafsu kecintaan sesama manusia juga
kepada Maha Pencipta – konsep seni dalam silaturrahim Islam.
Kesenian unggul dalam Islam terpancar pada Ummul Kitab
(al-Quran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk
semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat
Islam merupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-ma-
na kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak juga
peraturan hidup manusia.

