Page 18 - Emajalah Seni Khat
P. 18
Pada kurun ke-16 dan 17 – seni khat pernah menjadi medium komu-
nikasi terpenting dalam menyampaikan mesej diplomatik. Ia
diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa era Suleyman 1 di
wilayah Turki. Kesenian tulisan khat jenis ini terserlah melalui tanda
diakritik dengan tulisan yang menarik. Seni khat yang dikenali
dengan nama Diwani ini berkembang seiring dengan variasinya iaitu
Diwani al-Jali yang berbingkai.Antara seni khat yang masih lagi men-
jadi tumpuan para peminat seni warisan Islam hingga kini termasuk-
lah khat Tuluth dan khat Riqa.
Pada awal perkembangan seni khat, sejenis pokok yang direncong-
kan hujungnya dan dicelup dengan cecair dakwat, ditulis pada ke-
pingan kulit-kulit tamar, kulit kambing yang dikeringkan dan
daun-daun papyrus yang dijadikan kertas. Namun begitu, alam
Melayu menyaksikan penggunaan batang-batang pokok resam se-
bagai alatan utama untuk menulis khat. Batang resam yang ditirus-
kan pada bahagian hujungnya akan dicelupkan dengan dakwat se-
belum tulisan khat dilakarkan pada kertas .
Seni Khat yang teradaptasi dengan dunia moden terus berkembang
tetapi masih lagi bertapak pada seni yang asal iaitu dalam konteks
keIslaman (mentauhidkan Allah dan lebih berupa nasihat). Kini, seni
khat bukan sahaja terlakar pada kepingan kertas malahan menjadi
hiasan bercorak islamik apabila ia ditulis pada kepingan cermin,
diukir pada mimbar-mimbar masjid dan turrut dijadikan cenderama-

