Page 16 - Emajalah Seni Khat
P. 16
Dr Venetia Porter, Kurator Muzium British yang juga seorang peng-
kaji kesenian Islam menyatakan, tulisan merupakan antara elemen
terpenting untuk menyampaikan sesuatu maksud sebagai gamba-
ran pelbagai kejadian yang berlaku.
Sistem tulisan Arab – wadah yang mengungkap maknawi bahasa
Al-Quran menjadi pengikat ukhwah dan penglahiran perasaan men-
gagungkan Maha Pencipta. Keistimewaan sistem tulisan Arab (jawi)
ini penentu ciri kesenian Islam yang melampaui batasan dan sem-
padan.
Tulisan-tulisan Arab ini dizahirkan kepada bentuk yang seni oleh
seniman Islam. Objek penglahirannya berlegar disekitar kosmos
alam yang bersangkutan dengan keagungan Tuhan. Bertitik tolak
dari inilah muncul kesenian seni kaligra Islam yang telah dimulai
dari sejak Islam lahir ke muka bumi ini.
Seni kaligra Islam atau lebih sinonim dengan nama ´seni khat´ mer-
upakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat
Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia,
menyaksikan kaligra Islam teradaptasi dengan perubahan yang
berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya.

