Page 14 - PAMERAN BERTEMA AWAL MUHARRAM
P. 14
Nama Bulan Islam
Berikut ialah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya
muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena
cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar
tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya ialah nama bulan dan
bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa
asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.
)
1.Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – م ّ رحم
Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Hal
ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang
peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan
budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
)
2.Safar ( رفص
Perkataan ini bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula
diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin.
Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan
rumah mereka.
3.Rabiulawal ( لولأا عيبر
)
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut
dinamakan.
)
4.Rabiulakhir ( يناثلا عيبر / رخلآا عيبر
Bulan kedua musim bunga.
5.Jamadilawal ( لولأا يدامج
)
Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering
.
6.Jamadilakhir ( يناثلا يدامج / رخلآا يدامج
)
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk,
yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika
itu.
Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Takwim_Hijrah

