Page 15 - PAMERAN BERTEMA AWAL MUHARRAM
P. 15
Nama Bulan Islam
7. Rejab ( بجر
)
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan
salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard.
Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh
dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
8. Syaaban ( نابعش
)
Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang.
Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
9. Ramadan ( ناضمر
)
Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini
menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika
itu.
10. Syawal ( لاوش
)
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina
bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting
pada ketika itu.
11. Zulkaedah ( ةدعقلا وذ
)
Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan
suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan
orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk
dan bersedia untuk menunaikan Haji.
)
12. Zulhijah ( ةجحلا وذ
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan
sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan
tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan
haji ini.
Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Takwim_Hijrah

