Page 19 - PAMERAN BERTEMA AWAL MUHARRAM
P. 19

Beberapa hadis tentang




                             kafiat puasa Hari Asyura









             Ibn Abbas (r.a) menceritakan; "Apabila Rasulullah datang ke Madinah, baginda

             melihat orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu baginda bertanya: "Apakah

             ini?". Mereka (orang Yahudi) menjawab: "Hari ini adalah hari yang baik kerana

             pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israel daripada musuh

             mereka, maka Musa pun berpuasa". Lalu baginda (Nabi Muhammad) bersabda:

             "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu." Baginda (Nabi Muhammad)

             pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa."

             (Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)




             Aisyah (r.a) berkata; "Rasulullah                             mengarahkan supaya berpuasa pada Hari

             Asyura. Apabila puasa bulan Ramadan difardhukan (diwajibkan), siapa yang

             hendak berpuasa (pada Hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang

             hendak berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)."

             (Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)




             Dari Aisyah (r.a) katanya; "Orang Quraisy di zaman jahilliyah berpuasa pada Hari

             Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada Hari Asyura. Apabila baginda datang

             ke Madinah, baginda berpuasa pada hari itu dan meyuruh orang ramai berpuasa.

             Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan puasa pada Hari

             Asyura lalu baginda bersabda: "Siapa yang mahu, dia boleh berpuasa (sunat Hari

             Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh meninggalkannya."

             (Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)




             Berikut seperti diatas adalah hadis sahih mengenai kebolehan mengerjakan atau

             meninggalkan puasa sunat Hari Asyura. Ibn Hajar Al-asqalani dan Imam Muslim

             ketika menghuraikan hadis tentang puasa Asyura ini menyatakan ia merupakan

             sejenis ibadah sunat yang amat dituntut dan digalakkan untuk dikerjakan oleh

             umat Islam.











                                                                    Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Asyura
   14   15   16   17   18   19   20   21   22