Page 16 - PANDUAN PENGURUSAN RMT
P. 16

2.3.8  Pengurusan  dan Penyelarasan

                                 Bahagian  Pengurusan  Sekolah  Harian  dan  Bahagian  Kewangan

                                 adalah  bertanggungjawab  dalam  menguruskan  pengoperasian  dan  hal
                                 ehwal  kewangan  bagi  program  ini.  JPN,  PPD/PPW  dan  sekolah  yang
                                 terlibat  adalah  bertanggungjawab  untuk  mengurus  dan  menyelaraskan

                                 program ini melalui unit/pegawai atau jawatankuasa yang tertentu.

                                 Pengurusan  dan  pelaksanaan  program  ini  adalah  berdasarkan  Surat

                                 Pekeliling  Kewangan  yang  berkuatkuasa  dan  dibaca  bersama  buku
                                 Panduan  Pengurusan  Program  RMT  serta  surat-surat  siaran  yang
                                 dikeluarkan oleh KPM dari semasa ke semasa.




                          2.3.9  Perlindungan Kepada Guru

                                 i)  Pihak  pembekal  adalah  bertanggungjawab  sepenuhnya  terhadap
                                      apa-apa  kerosakan  makanan  yang  dibekalkan  yang  boleh

                                      menyebabkan keracunan makanan kepada murid-murid.
                                 ii)  Pihak  pembekal  adalah  bertanggungjawab  sepenuhnya  sekiranya
                                      berlaku  ketidakpatuhan  terhadap  mana-mana    terma    dalam

                                      dokumen perjanjian RMT.
                                 iii)  Warga  sekolah  tidak  boleh  dipersalahkan  sekiranya  pihak

                                      pembekal  tidak  mematuhi  mana-mana  terma  dalam  dokumen
                                      perjanjian RMT.





























                                                                                                      16
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21