Page 38 - PANDUAN PENGURUSAN RMT
P. 38

5.1  PROSES PEMILIHAN DAN PELANTIKAN PEMBEKAL

                         5.1.1.  Perolehan  program  RMT        adalah  dikecualikan  daripada     sebut

                                harga/tender  sebagaimana  yang  dinyatakan  dalam  Surat  Pekeliling
                                Kewangan  Bilangan  2/2016.  Panduan  berikut  perlu  diikuti  bagi  proses
                                perolehan  tersebut:


                                i)   Perolehan  perlu  dibuat  secara  lantikan  terus  kepada  pengusaha

                                     kantin bagi sekolah yang mempunyai kantin;


                                ii)  Seandainya  pihak  kantin  sekolah  tidak  bersetuju  (perlu  direkodkan
                                     bukti penolakan  seperti surat setuju terima),  Jawatankuasa  Bantuan
                                     Murid  (RMT)  boleh  membuat  lantikan  terus  kepada  Persatuan  Ibu

                                     Bapa  dan  Guru  (PIBG).  Sekiranya  pihak  ibu  bapa  juga  tidak
                                     bersetuju  (rekodkan  bukti  penolakan  PIBG),  Jawatankuasa  Bantuan

                                     Murid  (RMT)  boleh  membuat  lantikan  terus  kepada  keluarga
                                     guru/kakitangan  sekolah;


                                iii)  Bagi  sekolah  yang  tidak  mempunyai  kantin,  lantikan  terus  boleh

                                     dibuat  kepada  Persatuan  Ibu  Bapa  dan  Guru  (PIBG).    Sekiranya
                                     pihak  ibu  bapa  juga  tidak  bersetuju  (rekodkan  bukti  penolakan
                                     PIBG),  Jawatankuasa  Bantuan  Murid  (RMT)  boleh    membuat

                                     lantikan terus kepada keluarga guru/kakitangan sekolah.


                                 Keputusan      pemilihan    hendaklah     dibuat   dalam    Mesyuarat
                                 Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah dan diminitkan.




                    5.2  DOKUMEN PERJANJIAN PEMBEKAL MAKANAN  BERMASAK

                         5.2.1.  Surat Setuju Terima dan surat penolakan (jika ada) perlu diperolehi dari

                                pembekal sebagaimana aturan pada perkara 5.1.1.


                         5.2.2.  Pihak  sekolah  perlu  menyediakan  Dokumen  Perjanjian  Pembekalan
                                Makanan    RMT    menggunakan    templat    dokumen    perjanjian    yang



                                                                                                      38
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43