Page 39 - PANDUAN PENGURUSAN RMT
P. 39

disertakan  (Lampiran  B)  dalam  buku  panduan  ini  dalam  tempoh  dua
                                bulan dari tarikh Surat Setuju Terima ditandatangani.


                         5.2.3.  Nilai  anggaran  murid  yang  dimasukkan  dalam  dokumen  perjanjian
                                perlulah  mengambil  kira  anggaran  murid Tahun  1  dan  murid  keciciran

                                permohonan  yang  layak  mendapat  bantuan  RMT  (jumlah  sebenar
                                adalah mengikut borang pesanan).


                         5.2.4.  Pastikan  dokumen  perjanjian  yang  disediakan  adalah  lengkap  beserta

                                dengan nombor rujukan dokumen sebelum ditandatangani.


                         5.2.5.  Dokumen  perjanjian  yang  lengkap  bertandatangan  hidup,  hendaklah
                                dicap  hasil  bagi  memastikan  dokumen  tersebut  sah  disisi  undang-
                                undang (dibuat dalam dua set dokumen).


                         5.2.6.  Dokumen  perjanjian  akan  disimpan  oleh  pihak  sekolah  dan  pembekal

                                yang dilantik. Sesalinan perjanjian perlu dibuat oleh pihak sekolah untuk
                                diserahkan kepada pihak PPD bagi tujuan pemantauan dan rekod.




                    5.3  TEMPLAT  DOKUMEN  PERJANJIAN

                         5.3.1  Templat  dokumen perjanjian disertakan  bersama dengan buku panduan

                                ini  hendaklah  dilengkapkan  dgn  tandatangan  dan  cap  setem  hasil
                                dalam  dua  set  dokumen.  Berikut  adalah  panduan  dalam  melengkapkan

                                templat tersebut :

                                i)     Tempoh perjanjian – Mulai 1 Januari hingga 30 November tahun
                                       semasa.

                                ii)    Nilai perjanjian – Kiraan anggaran peruntukan seperti berikut;
                                       (Anggaran Bilangan Murid x RM2.50/RM3.00 x 190hari).

                                iii)   Nama sekolah – Nama penuh sekolah.
                                iv)    Nama pembekal – Nama syarikat atau nama perseorangan.

                                v)     Tandatangan saksi dan pembekal.
                                vi)    Jadual A - Butiran berkaitan maklumat syarikat.



                                                                                                      39
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44