Page 77 - PANDUAN PENGURUSAN RMT
P. 77

berkuatkuasa  mulai  tarikh  yang  dinyatakan dalam  Butiran 2  Jadual  B
                             (kemudian  daripada  ini  dirujuk  sebagai  "Tarikh  Berkuatkuasa")  hingga
                             tarikh  yang dinyatakan dalam Butiran  3 Jadual B  (kemudian daripada ini
                             dirujuk sebagai "Tarikh Penamatan").


                    4.  NILAI  PERJANJIAN

                       4.1   Nilai  keseluruhan  Perjanjian  ini  adalah  sebagaimana  dalam  Pesanan
                             Kerajaan yang dinyatakan dalam  Jadual  C (kemudian daripada ini dirujuk
                             sebagai  “Nilai  Perjanjian“)  dan  bagi  maksud  Perjanjian  ini  dan  tertakluk
                             kepada  Pembekal  Makanan  memenuhi  semua  terma-terma  dan  syarat-
                             syarat dalam  Perjanjian ini, Kerajaan hendaklah sebagai  ganjaran kepada
                             Perkhidmatan  yang  dilaksanakan  oleh  Pembekal  Makanan,  pada  setiap
                             bulan  dalam  Tempoh  Perjanjian  berkuatkuasa  membuat  pembayaran
                             kepada Pembekal Makanan mengikut Klausa 5.


                       4.2   Nilai  Perjanjian  yang  dinyatakan  dalam  subklausa  4.1  adalah  tetap  dan
                             tiada apa-apa kenaikan atau perubahan harga Perkhidmatan  boleh dibuat
                             oleh  Pembekal  Makanan  kecuali  jika  telah    dipersetujui    secara    bertulis
                             oleh Kerajaan.


                    5.  PEMBAYARAN

                        5.1  Pembayaran  Nilai  Perjanjian  dibuat  dalam  Ringgit  Malaysia  kepada
                             Pembekal  Makanan  dan  pembayaran  Nilai  Perjanjian  akan  diproses  oleh
                             Kerajaan  selepas    Kerajaan    menerima    daripada    Pembekal    Makanan
                             inbois  dan/atau  dokumen  lain  daripada  Pembekal  Makanan  yang  lengkap
                             diisi  dengan  butir-butir  Perkhidmatan  yang  disahkan    dan    diperakukan
                             oleh  Kerajaan  tidak  lewat  daripada  5  haribulan  berikutnya  selepas
                             Perkhidmatan  dilaksanakan  atau  dalam  apa-apa  tempoh  masa  yang
                             munasabah yang difikirkan sesuai oleh Kerajaan.


                        5.2  Tertakluk  kepada  subklausa  5.4  Kerajaan  hendaklah  membuat  bayaran
                             kepada  Pembekal Makanan  selepas  empat belas  (14)  hari  atau dalam
                             apa-apa  tempoh  masa  yang  munasabah  yang  difikirkan  sesuai  oleh
                             Kerajaan selepas tarikh penerimaan inbois tersebut.

                        5.3  Pembayaran  Harga  Perkhidmatan  oleh  Kerajaan  kepada  Pembekal
                             Makanan  tidak  mengecualikan  Pembekal  Makanan  terhadap  mana-mana
                             terma-terma dan syarat-syarat di dalam Perjanjian ini.






                                                                                                      75
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82