Page 80 - PANDUAN PENGURUSAN RMT
P. 80

6.5  Selepas  diuji  atau  dicerakin  makanan  bermasak  boleh    dilupuskan
                             mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Kerajaan.


                        6.6  Kerajaan  boleh  melantik  pihak  ketiga  yang  lain  bagi  mewakili  Kerajaan
                             melaksanakan  pemeriksaan  mutu  Perkhidmatan  sama  ada  secara  khusus
                             atau  secara  keseluruhan.  Pembekal  Makanan  hendaklah  memberikan
                             kerjasama sepenuhnya bagi  membolehkan  wakil  Kerajaan  yang dilantik  itu
                             menyempurnakan  tugasnya.

                    7.  PERALATAN  ATAU  ALAT  KELENGKAPAN  PERKHIDMATAN

                        Kontraktor  hendaklah  memastikan    peralatan    atau    alat    kelengkapan
                        Perkhidmatan  disenggara  dengan  bersih,  kemas,  teratur  atau  tersusun    pada
                        setiap masa, mengikut mana yang berkenaan.



                    8.  PERUBAHAN  DAN MODIFIKASI

                        8.1  Apa-apa  perubahan  atau  modifikasi  terhadap  Perkhidmatan  hendaklah
                             dibuat  dengan  persetujuan  bertulis  Kerajaan  dan  Pembekal  Makanan
                             hendaklah  melaksanakan  Perkhidmatan  tanpa  apa-apa    kenaikan    harga
                             dan perubahan atau modifikasi itu hendaklah tidak memberikan kesan atau
                             menjejaskan  pelaksanaan  Perkhidmatan  dan  termasuklah  dari  aspek  mutu,
                             kualiti dan tempoh.

                        8.2  Pertukaran  menu  makanan  bermasak  adalah  tidak  dibenarkan  sama
                             sekali kecuali jika ;

                             (a)  diberitahu dua puluh empat (24) jam lebih awal sebelum pertukaran
                                 menu makanan bermasak;

                             (b)  dengan sebab-sebab yang munasabah; dan

                             (c)  dipersetujui oleh Kerajaan.


                        8.3  Dalam  keadaan  di  mana  makanan  bermasak  tidak  dapat  dibekalkan
                             mengikut menu tanpa alasan munasabah dan Kerajaan terpaksa menerima
                             bekalan  tersebut  atas  apa-apa  sebab  atau  alasan,  Kerajaan  boleh
                             mengenakan denda seperti tersebut dalam Klausa 10.


                        8.4  Pembekal  Makanan  hendaklah  bersedia  membekalkan  dan  menyajikan
                             jenis  makanan  bermasak  yang  lain  jika  terdapat  mana-mana  pelajar  yang
                                                                                                      78
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85