Page 81 - PANDUAN PENGURUSAN RMT
P. 81

tidak boleh  memakan  jenis  makanan  bermasak  dalam  menu  atas  sebab-
                             sebab  kesihatan,  keagamaan,  kepercayaan  atau    sebab-sebab    lain
                             yang  munasabah.


                        8.5  Kerajaan  boleh  mengkaji  dan  jika  perlu  dengan  persetujuan  Pembekal
                             Makanan  mengubah  dari  masa  ke  semasa  sajian-sajian  makanan
                             bermasak yang terkandung dalam menu.


                        8.6  Pembekal  Makanan  hendaklah  mempamerkan  menu  makanan  bermasak
                             di dewan makan atau lokasi yang sesuai di Premis. Bagi premis yang tiada
                             dewan makan, folio hendaklah disediakan.


                        8.7  Kerajaan  tidak  menjamin  atau  terikat  dengan  apa-apa  juga  anggaran
                             bilangan  murid  yang  akan  makan  seperti  yang  dinyatakan  di  dalam
                             Perjanjian  ini  sepenuhnya.  Bilangan  sebenar  adalah  bergantung  kepada
                             Pesanan Kerajaan (Lampiran A) yang diberikan.



                    9.  PENERIMAAN  ADALAH  BERSYARAT

                        9.1  Kerajaan  sentiasa  berhak  menolak  Perkhidmatan  atau  apa-apa  bahagian
                             darinya  jika  Perkhidmatan  yang  dilaksanakan  tidak  mengikut  terma-terma
                             dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini.

                        9.2  Pembekal  Makanan  hendaklah  mengambil  balik  makanan  bermasak  pada
                             hari  yang  sama  dan  jika  makanan  bermasak  tidak  diambil  balik  dalam
                             tempoh tersebut, Kerajaan berhak mengalih makanan bermasak tersebut.


                        9.2  Jika  Perkhidmatan  yang  dilaksanakan  tidak  mengikut  terma-terma  dan
                             syarat-syarat  dalam  Perjanjian  ini,  Pembekal    Makanan    hendaklah
                             mengambil  balik  makanan  pada  hari yang  sama  dan  jika  makanan  tidak
                             diambil balik di dalam tempoh tersebut, Kerajaan berhak mengalih makanan
                             tersebut.
















                                                                                                      79
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86