Page 3 - KLASIFIKASI FAIL
P. 3

Sekapur Sirih












                 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
                 Selamat Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku.


                 Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah dan kurnia-NYA, kerjasama
                 antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Arkib Negara Malaysia
                 (ANM) telah berjaya membangunkan  Manual Klasifikasi  Fail Sekolah. Manual
                 Klasifikasi  Fail Sekolah  ini akan menjadi  sumber rujukan  utama dalam
                 mengemaskini pengurusan fail yang sedia ada serta menetapkan kod klasifikasi
                 fail bagi setiap sekolah yang keseluruhannya berjumlah 10,208 buah.

                 Manual Klasifikasi Fail Sekolah ini disediakan dengan tujuan membantu pegawai
                 dan kakitangan untuk memastikan pengurusan rekod dilaksanakan dengan cekap
                 dan teratur. Seterusnya, memudahkan pencapaian dan perkongsian maklumat.


                 Pengurusan sistem  fail yang baik akan membolehkan  pengesanan  dan
                 pengeluaran fail dengan segera. Seterusnya, sesuatu maklumat dapat diperoleh
                 dengan cepat dan tindakan dapat diambil dengan segera. Keadaan ini akan dapat
                 meningkatkan kecekapan pentadbiran serta memberi kepuasan kepada pengguna
                 serta meningkatkan kecekapan tadbir urus kementerian.

                 Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak
                 yang terlibat dalam menjayakan  penerbitan  Manual Klasifikasi Fail Sekolah ini.
                 Semoga warga khususnya pihak pentadbiran di KPM dan sekolah-sekolah akan
                 proaktif dalam menjalankan tugas dengan cemerlang. Saya berkeyakinan tinggi
                 bahawa Klasifikasi Fail Sekolah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui
                 jalinan koordinasi, komunikasi dan komitmen dalam kalangan warga KPM.









                 DATO' DR. MOHD GAZALI BIN ABAS
                 Ketua Setiausaha
                 Kementerian Pendidikan Malaysia
   1   2   3   4   5   6   7   8