Page 4 - KLASIFIKASI FAIL
P. 4

Sekapur Sirih












                 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
                 Selamat Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku.


                 Penggunaan Klasifikasi Fail  berdasarkan fungsi dalam sektor  awam telah
                 disebar luaskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5  Tahun 2007 –
                 Panduan Pengurusan Pejabat. Klasifikasi Fail  ini  dapat mewujudkan
                 keseragaman dalam pengurusan rekod kerajaan.


                 Klasifikasi  Fail adalah  perkara  yang berkaitan  fungsi, aktiviti khusus dan
                 sub-aktiviti bagi sesebuah organisasi. Ia menggambarkan perkhidmatan teras
                 sesebuah organisasi yang menyediakan satu kerangka pengurusan rekod yang
                 sistematik. Ia akan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan.


                 Adalah menjadi harapan saya, Manual Klasifikasi Fail Sekolah ini digunakan
                 oleh semua sekolah di Malaysia dalam melaksanakan pengurusan rekod yang
                 menyeluruh  dan berkesan, ke arah tadbir urus rekod yang baik di semua
                 sekolah.


                 Justeru, pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan syabas dan tahniah
                 kepada mereka  yang  terlibat  dalam penyediaan Manual Klasifikasi Fail
                 Sekolah. Ucapan penghargaan juga kepada Arkib Negara Malaysia yang telah
                 membantu menyediakan dokumen ini. Semoga Manual Klasifikasi Fail Sekolah
                 ini  menjadi panduan pengurusan fail  bagi semua  warga kerja  sekolah bagi
                 memberi perkhidmatan yang lebih baik, cekap dan berkualiti.








                 DATUK DR. AMIN BIN SENIN
                 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
                 Kementerian Pendidikan Malaysia
   1   2   3   4   5   6   7   8   9