Page 8 - KLASIFIKASI FAIL
P. 8

TATACARA PEMAKAIAN KLASIFIKASI FAIL BERDASARKAN FUNGSI BAGI
                                        SEKOLAH-SEKOLAH DI MALAYSIA
                                      KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


                   1.  TUJUAN

                       Tatacara  ini disediakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada
                       Sekolah-sekolah      mengenai     langkah-langkah      menggunakan       template
                       klasifikasi fail berdasarkan fungsi dan aktiviti.

                   2.  TAKRIFAN

                       Klasifikasi  adalah proses  mengenal  pasti kategori atau kategori aktiviti
                       perkhidmatan dan rekod yang dijana dan dikumpul, jika berkenaan, ke dalam
                       fail bagi  memudahkan pemerihalan,  kawalan,  pautan dan penetapan status
                       pelupusan dan akses

                                                                  (MS 2223, Bahagian 2, Klausa 4.3.4)



                   3.  PENERANGAN HIERARKI DALAM KLASIFIKASI

                       Sepertimana tercatat dalam template Klasifikasi Fail yang dimajukan, terdapat
                       peringkat/hierarki klasifikasi (tulisan berwarna) iaitu :

                       3.1    Fungsi  (tulisan  warna merah)  –  peringkat ini  bukan  merupakan
                              peringkat fail, ianya  merupakan  penetapan fungsi  kepada sesuatu
                              klasifikasi contohnya fungsi PENTADBIRAN. Ianya digunakan sebagai
                              rujukan di  bawah fungsi  mana  sesuatu fail  akan diwujudkan
                              berdasarkan kepada Fungsi atau Aktiviti yang dijalankan ;

                       3.2    Aktiviti (tulisan warna biru) – peringkat ini bukan merupakan peringkat
                              fail,  ianya  merupakan peringkat  aktiviti  yang menyokong kepada
                              sesuatu Fungsi. Ianya digunakan sebagai rujukan untuk mewujudkan
                              fail dalam skop yang lebih  kecil.  Contoh di  bawah Fungsi
                              PENTADBIRAN ada Aktiviti PENGURUSAN MESYUARAT ;

                       3.3    Sub-aktiviti  (tulisan warna hijau)  –  peringkat ini  bukan  merupakan
                              peringkat fail, ianya merupakan peringkat sub-aktiviti yang menyokong
                              kepada sesuatu aktiviti. Ianya digunakan sebagai  rujukan untuk
                              mewujudkan  fail secara  lebih terperinci.  Contoh di  bawah Fungsi
                              PENTADBIRAN  ada Aktiviti  PENGURUSAN MESYUARAT  ada sub
                              aktiviti MESYUARAT DALAM JABATAN ; dan

                       3.4    Transaksi/Fail  (tulisan warna hitam)  –  ini merupakan  peringkat  fail,
                              pewujudan  fail adalah berdasarkan keperluan iaitu  apabila  ada
                              surat/dokumen yang perlu dimasukkan ke dalam fail maka baru dibuka
                              fail tersebut. Ini  mengelakkan fail  kosong dibuka.  Contoh di  bawah

                                                                                                 1 | KP M
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13