Page 1344 - bahan pss1
P. 1344

CONTOH-CONTOH AKTIVITI  MEMBACA

                         Projek Pukal  -

                              o  Setiap kelas dibekalkan 50-100  naskah buku  dan pelajar
                                 dibenarkan  meminjam  buku  setiap  hari  sebanyak  mana
                                 mampu.


                         Projek Iqra’  -

                              o  Semua  pelajar  Tingkatan  1  hingga  Tingkatan  5  wajib
                                 mempunyai  sebuah  buku  ‘Rekod  Bahan  Bacaan’  dan
                                 mencatat  nama  buku,  nama  pengarang,  penerbit  dan
                                 juga sinopsis bahan yang dibaca.


                         Program Banyak Membaca –

                              o  Ia  adalah  khusus  untuk  Tingkatan  1  dan  2  .  Pelajar
                                 digalakkan  membaca  seberapa  banyak  buku  dan
                                 dicatatkan  ke  dalam  borang  khas  yang  dianalisis  setiap
                                 tahun.Insentif dalam bentuk hadiah diberi kepada pelajar
                                 yang paling banyak membaca.


                         Khemah Membaca  -

                              o  Kem  ini  diadakan  pada  tiap-tiap    tahun  .  Pelajar  akan
                                 didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran
                                   pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek.


                         Kuiz Bistari   -

                              o  Khusus untuk pelajar Menengah Atas. Pada setiap bulan,
                                 soalan  dikemukakan  dan  kelas  akan  menghantar
                                 penyertaan  yang  membincangkan  isu-isu  berkaitan
                                 Ekonomi,  Dadah,  AIDS,  Sejarah    dan  Bahasa  Inggeris.
                                 Pemenang akan dipilih  dan diberikan hadiah insentif.
   1339   1340   1341   1342   1343   1344   1345   1346   1347   1348   1349