Page 1345 - bahan pss1
P. 1345

CADANGAN MASA PERLAKSANAAN NILAM


                         Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual
                          kelas matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

                         Ada  juga  waktu  yang  diperuntukkan  untuk  aktiviti  PSS  yang
                          melibatkan  pengajaran  kemahiran  membaca,  contohnya
                          aktiviti-aktiviti  untuk  Minggu  Pusat  Sumber  .  Pada  Minggu
                          Pusat  Sumber  ,  pelbagai  aktiviti  boleh  dijalankan;  seperti
                          Bercerita,  Pertandingan  Menulis  Ulasan  Buku,  /  Berbicara
                          tentang  buku yang  dibaca  (misalnya dalam satu  ‘workshop’) /
                          Forum tentang sesuatu buku

                         Pelajar  meluangkan  masa  sekurang-kurangnya  10  minit
                          semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca
                          seperti membuat ulasan buku atau membaca bersama.

                   FAKTOR-FAKTOR  PELAKSANAAN  YANG  PERLU  DIBERI
                   PENEKANAN :

                         Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan pusat sumber. Penyelaras pusat
                          sumber perlu memastikan koleksi bahan di pusat sumber mereka sentiasa
                          selaras  dengan  perkembangan  semasa  agar  ia  dapat  menarik  minat
                          pelajar untuk sering mengunjungi Pusat Sumber.

                         Sokongan pihak pentadbir sekolah. Aktiviti-aktiviti pembacaan tidak akan
                          dapat berjalan dengan lancar sekiranya pihak pentadbir kurang memberi
                          sokongan  dalam  menjalankan  sebarang  aktiviti  pusat  sumber.  Ini
                          termasuklah  menyediakan  masa  dan  hari  yang  sesuai  serta  bantuan
                          kewangan untuk menjalankan program ini.

                         Penglibatan ibubapa dan guru-guru. Aktiviti membaca akan menjadi lebih
                          aktif  dan  berkesan  sekiranya    ibubapa  memberi  sokongan  membaca
                          semenjak dari kecil kepada pelajar. Selain itu, guru memainkan peranan
                          penting  dalam  menekankan  bacaan  murid  di  sekolah  contohnya
                          memuatkan  aktiviti-aktiviti  bacaan      seumpama  ‘Teka-Silangkata’  dan
                          latihan menulis ulasan buku dalam pengajaran mereka.

                         Perlaksanaan program secara sistematik disokong dengan dokumen dan
                          rekod  yang  sahih  memudahkan  penilaian  dan  pengiktirafan  Anugerah
                          NILAM.
   1340   1341   1342   1343   1344   1345   1346   1347   1348   1349   1350