Page 23 - PANDUAN PEWUJUDAN REKOD PENYEDIAAN SURAT MEMO DAN E-MEL RASMI DI PEJABAT AWAM 2016
P. 23

perintah’  di  sudut  kiri  sebelah  bawah  sebelum

                                                   ruangan tandatangan pegawai yang berkenaan.

                                            (ii)    Tandatangan


                                                   Nama  pegawai  ditulis  tanpa  meletakkan  panggilan
                                                   hormat dan menggunakan huruf besar (tebal) di sudut

                                                   kiri  surat  di  bawah  tandatangannya.  Gelaran
                                                   kebesaran, kehormat dan profesional boleh diletakkan

                                                   sebelum nama pegawai seperti Tun, Tan Sri, Dato’ Sri,

                                                   Datuk, Dr., Ir., dan sebagainya.

                                                   Maklumat Bahagian/ Cawangan/  Seksyen hendaklah

                                                   dicatat  selepas  nama  pegawai  diikuti  dengan
                                                   singkatan bagi pihak (b.p.) Ketua Jabatan. Pengarah

                                                   Bahagian/     Cawangan/       Seksyen     sahaja     perlu

                                                   memasukkan jawatan sebelum b.p. Ketua Jabatan.


                                                   Pejabat Awam digalakkan mencatat nombor telefon,

                                                   faksimili, dan alamat e-mel di ruangan selepas nama
                                                   Pejabat     Awam      bagi    memudahkan        penerima

                                                   menghubungi pihak berkenaan.


                                                   Pegawai  yang  namanya  dicatat  di  bawah  ruangan
                                                   tandatangan sahaja yang boleh menandatangani surat

                                                   tersebut.


                                                   Jika  muka  surat  melebihi  dari  satu,  pastikan  muka

                                                   surat  yang  terakhir  tidak  mengandungi  tandatangan
                                                   sahaja. Sekurang-kurangnya perlu ada satu ayat atau

                                                   baris  daripada  perenggan  yang  terakhir  sebagai
                                                   hubungkait  antara  tandatangan  dengan  kandungan

                                                   surat. Hal ini perlu bagi memastikan tandatangan yang

                                                                                                           20
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28