Page 2 - Hari Kualiti 2018
P. 2

KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG


                                      SEK. MEN. KEB. KINARUT

                                        “ Sekapur Sireh”





               Bismillahirrahmanirahim.
               Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
                    Alhamdulillah,  setinggi-tinggi   kesyukuran   saya   panjatkan   ke
               hadrat  ALLAH S.W.T kerana dengan limpah dan izinNya kita dapat
               berhimpun  untuk  sama-sama  memeriahkan  Majlis    Anugerah
               Cemerlang bagi tahun 2018.

                    Terlebih  dahulu,  saya  ingin  mengucapkan  ‘SELAMAT  DATANG’  kepada
               pengetua baharu SMK Kinarut iaitu Encik Zamharir Bin Haji Ahmad. Saya bagi pihak PIBG
               SMK Kinarut berasa amat gembira dan mengalu-alukan kedatangan tuan dengan tangan
               terbuka. Semoga hubungan baik pihak sekolah di bawah pentadbiran tuan dengan pihak
               PIBG  akan  bertambah  erat  dan  seterusnya  sama-sama  menggembleng  tenaga  dalam
               menjana  kecemerlangan SMK Kinarut pada tahun-tahun akan datang.

                    Sekalung  tahniah  diucapkan  kepada  para  murid  yang  telah  berjaya  dalam  bidang
               kurikulum  dan  kokurikulum.  Kejayaan  ini  merupakan  langkah  pertama  anak-anak  dalam
               menuju  impian  dan  cita-cita  yang  diinginkan.    Saya  percaya  bahawa  kejayaan  yang
               diperolehi  oleh  anak-anak  adalah  hasil  tunjuk  ajar  dan  bimbingan  guru-guru  serta
               penglibatan  mantap  para  ibu  bapa  dalam  pembelajaran  mereka.  Namun,  ketekunan,
               kesungguhan dan semangat anak-anaklah yang memungkinkan kejayaan yang diidamkan
               mampu digapai.

                    Tahniah juga kepada para ibu bapa. Saya berharap agar ibu bapa akan terus memainkan
               peranan dan sentiasa memberikan perhatian terhadap pelajaran anak-anak di sekolah dan
               di rumah. Justeru itu, ibu bapa harus memastikan bahawa anak-anak diberi peluang yang
               secukupnya untuk menimba ilmu bagi menjamin masa hadapan yang semakin mencabar.

                    Akhir kata, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada SMK Kinarut   kerana berjaya
               mengadakan majlis Anugerah Cemerlang bagi tahun 2018. Saya juga menyeru kepada anak-
               anak yang tidak berjaya agar terus melipatgandakan usaha dan jangan mudah berputus asa
               kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.


               Sekian dan terima kasih.


               Tuan Jailani Hj Ag Ali
               Yang DiPertua PIBG, SMK Kinarut

                                                                                                         2
   1   2   3   4   5   6   7