Page 3 - Hari Kualiti 2018
P. 3

KATA ALU-ALUAN PENGETUA


                                      SEK. MEN. KEB. KINARUT
                                       “ Setinta Madah ”





               Bismillahirrahmanirahim.
                    Assalamualaikum  warahmatullahi  wabarakatuh  dan  salam
               sejahtera.  Alhamdulillah,  segala  puji  bagi  Allah  yang  Maha  Esa.
               Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
               dan para sahabat.
                    Syabas  dan  tahniah  kepada  para  murid  yang  diraikan  pada  hari  ini.  Segala  usaha,
               kegigihan  dan  kesabaran  dalam  mengharungi  dunia  pembelajaran,  ternyata  telah
               membuahkan  hasil.  Saya  percaya  majlis  yang  diadakan  pada  hari  ini  merupakan  titik
               permulaan bagi anda untuk menuju ke arah kecemerlangan ke peringkat lebih tinggi lagi.
                    Tahniah juga kepada semua ibu bapa dan guru-guru atas segala usaha, pengorbanan,
               sokongan serta dorongan yang diberikan kepada anak-anak ini sehingga berjaya melakar
               sejarah peribadi dalam hidup mereka. Ingatlah anak-anak, siapalah anda tanpa ibu bapa dan
               guru-guru yang sentiasa membantu dan mendoakan kejayaan anda semua.
                    Saya percaya untuk mencapai sesuatu kejayaan, matlamat atau hala tuju sesuatu kerja
               mestilah jelas. Para murid haruslah menetapkan matlamat untuk mencapai kejayaan kerana
               anda merupakan pewaris negara pada masa akan datang. Kejayaan murid adalah simbol
               kejayaan  sistem  persekolahan  dan  pendidikan  hasil  kerjasama  antara  pentadbir,  guru,
               sokongan ibu bapa dan murid.
                    Seyogianya, hubungan erat pihak sekolah dengan ibu bapa juga dapat merealisasikan
               hasrat  sekolah  untuk  menjadi  sebuah  institusi  yang  cemerlang  dalam  melahirkan  modal
               insan  yang  mempunyai  jati  diri  yang  kukuh,  berkeperibadian  mulia,  berpengetahuan,
               berkemahiran tinggi serta berdaya saing. Dalam hal ini, semua pihak semestinya berganding
               bahu  dan  mengatur  langkah  sederap  berusaha untuk  merealisasikannya. Hasil  gabungan
               kerjasama mantap semua pihak, satu jaringan kecemerlangan akademik yang tinggi mampu
               digapai.  Kita  perlu  menjadikan  hubungan  antara  warga  SMK  Kinarut,  ibu  bapa  serta
               masyarakat  sebagai  hubungan  yang  berasaskan  rasa  tanggungjawab  bersama,  saling
               memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain, bak kata peribahasa seperti aur
               dengan tebing.

               Sekian, terima kasih.



               En Zamharir Hj Ahmad
               Pengetua
               Sekolah Menengah Kebangsaan Kinarut




                                                                                                         3
   1   2   3   4   5   6   7   8