Page 4 - Hari Kualiti 2018
P. 4

UCAPAN ALU-ALUAN PERASMI


                                     SEK. MEN. KEB. KINARUT

                                       “ Sekalung Budi ”





               Bismillahirrahmanirahim.
               Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
                    Alhamdulillah,setinggi-
               tinggi   kesyukuran   saya   panjatkan   ke  hadrat   ALLAH  S.W.T
               kerana  dengan  izin  dan  limpahan         kasih  sayang-Nya
               mengurniakan ilham , keringat dan semangat kepada guru-guru serta murid-
               murid untuk mencemerlangkan SMK Kinarut.

                    Setinggi-tinggi  penghargaan  kepada  pihak  sekolah  kerana  sudi  menjemput  saya
               merasmikan  Majlis  Anugerah  Cemerlang  SMK  Kinarut  bagi  tahun  2018  ini.  Syabas  dan
               tahniah kepada anak-anak yang akan menerima anugerah pada hari ini. Sesungguhnya hari
               ini merupakan hari yang bersejarah kepada anak-anak kerana telah  berjaya menuai hasil
               berkat  usaha  yang  gigih  dan  keazaman  yang  tinggi  untuk  mencapai  kecemerlangan.
               Sesungguhnya kegigihan, keazaman, serta disiplin diri adalah formula kejayaan bagi setiap
               pelajar yang inginkan kejayaan bagi menempuh cabaran yang mendatang.

                    Syabas dan  tahniah kepada  guru-guru SMK  Kinarut  yang  telah  berkorban  masa  dan
               tenaga demi melahirkan anak-anak yang cemerlang ini. Saya percaya pihak sekolah telah
               merancang  pelbagai  strategi  untuk  menambah  baik  dan  meningkatkan  kecemerlangan
               pendidikan selaras dengan  matlamat pendidikan negara yang bertujuan untuk melahirkan
               modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Namun kunci kejayaan sebenarnya
               terletak di tangan anak-anak sendiri.

                    Ucapan terima kasih saya rakamkan kepada para ibu bapa yang sentiasa menyokong
               pihak sekolah. Ibu bapa yang sentiasa mendorong dan memberi semangat kepada anak-
               anak untuk berjaya. Kita jalankan tamggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memastikan
               anak-anak kita mendapat pendidikan sempurna dunia dan akhirat.

               Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas
               kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Cemerlang bagi tahun
               2018.

               Sekian dan terima kasih.

               Datuk Rosnah Binti Hj Abdul Rashid Shirlin
               Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia


                                                                                                         4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9