Page 335 - Buku Pengurusan
P. 335
6. Pengurus Promosi
a) Membuat promosi barang-barang yang dibeli oleh Pengurus Belian melalui
b) Membantu Pengurus Pendaftaran Ahli membuat promosi untuk menambah
pamplet, perhimpunan atau blog koperasi.
keahlian.
c) Membantu setiausaha merancang program-program tahunan koperasi.
7. Pengurus Pendaftaran Ahli
a) Membuat dan menyediakan borang pendaftaran ahli.
b) Membantu bendahari mengagihkan dividen kepada ahli.
c) Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan semasa mesyuarat lembaga.
d) Menceriakan koperasi.
8. Juruaudit Dalaman
a) Memeriksa dan mengaudit akaun-akaun dan rekod-rekod relevan koperasi
secara bulanan dan memaklumkan lembaga sebarang perkara yang luar
biasa yang diperolehi semasa pemeriksaan dan pengauditan.
b) Memeriksa Buku Tunai koperasi dan melaporkan hasil pemeriksaan secara
bertulis dalam buku khas untuk makluman Lembaga Koperasi.
c) Mengaudit dan memberi laporan mengenai penyata kewangan yang
dikemukakan oleh lembaga selepas tamatnya tahun kewangan.
d) Memberi laporan:
e) sama ada penyata kewangan atau memberi gambaran sebenar dan
saksama tentang transaksi kewangan dan kedudukan hal ehwal koperasi
f) perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan sebagaimana yang
difikirkan patut dilaporkan.
g) Membuat pernyataan dalam laporannya sama ada rekod perakaunan dan
rekod- rekod lain yang sepatutnya telah disimpan penerimaan, perbelanjaan
dan pelaburan wang dan perolehan dan pelupusan aset oleh koperasi dalam
tahun itu adalah mengikut akta, peraturan dan undang-undang kecil koperasi
h) Melapor pada bila-bila masa kepada koperasi tentang apa-apa perkara yang
berbangkit daripada kerja pengauditan.
i) Memastikan pengauditan akaun koperasi akan mengambil penelitian
mengenai hutang belum jelas (jika ada), nilaian aset (jika ada) dan liabiliti
koperasi.
326

