Page 333 - Buku Pengurusan
P. 333
10. Memastikan kewangan diuruskan dengan baik.
11. Memastikan laporan kewangan dan kegiatan koperasi sentiasa kemaskini
dan disediakan untuk dihantar ke pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM) sebelum mesyuarat agung.
12. Mewujudkan hubungan yang baik dengan Jabatan Pembangunan Koperasi
Kawasan.
Tugas Jawatankuasa Koperasi
1. Pengerusi
a) Mempengerusikan semua mesyuarat lembaga.
b) Menandatangani dan mengesahkan minit mesyuarat lembaga.
c) Memperakui cabutan dan salinan dari rekod koperasi menurut peraturan
d) Memanggil sendiri atau melalui setiausaha mesyuarat lembaga bila perlu.
bersama setiausaha melalui satu akuan yang bertarikh dan ditandatangani.
e) Mengarahkan jawatan kuasa audit dalaman supaya memeriksa buku rekod
dan dokumen koperasi pada bila-bila masa dan melaporkan kepada
lembaga.
f) Menandatangan permohonan pendaftaran kepada pindaan Undang-undang
Kecil dan dokumen lain yang berkaitan bersama dua anggota lembaga.
g) Menyelia secara am pentadbiran, hal ehwal dan pekerja koperasi.
2. Setiausaha
a) Memanggil dan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Sekolah,
mesyuarat lembaga dan mesyuarat jawatan kuasa untuk menyampaikan
segala laporan serta dokumen untuk pertimbangan mesyuarat.
b) Merekodkan perjalanan dan keputusan mesyuarat dan menyediakan minit
untuk edaran seterusnya.
c) Menyelenggara dan mengemaskinikan semua daftar anggota, daftar
penama, buku dan laporan yang dikehendaki oleh lembaga.
d) Menentukan tarikh, masa dan tempat mesyuarat dengan persetujuan
pengerusi.
e) Mengurus surat-menyurat sebagaimana yang diarahkan oleh lembaga.
f) Mengesahkan bersama pengerusi salinan segala perkara yang bertulis di
dalam buku koperasi.
g) Menyimpan dan menjaga dengan selamatnya mohor Koperasi.
h) Menjalankan tugas lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke
semasa (mana-mana tugas setiausaha boleh diamanahkan kepada
i) pengurus tertakluk kepada persetujuan Lembaga)
Menyediakan sijil penyertaan dan sijil penghargaan kepada murid yang
terlibat dalam kegiatan koperasi sekolah.
324

