Page 22 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 KSSMPK KS
P. 22

MODUL 1


           Pakaian Tradisional Cina                                                                                      Pakaian Tradisional India


    MODUL 1
                   Samfu                                                                                                         Doti


              •  Samfu merupakan pakaian lelaki kaum Cina.                                                               •  Doti merupakan sehelai kain panjang yang dipakai
                  Pakaian ini mempunyai belahan di bahagian                                                                 oleh lelaki kaum India.
                  hadapan dan diperkemaskan dengan kancing.                                                              •  Kain ini dipakai dengan cara melilit di pinggang
              •  Samfu  dipakai  pada  musim  perayaan  dan                                                                 menggunakan teknik ikatan tertentu.
                  majlis rasmi.                                                                                          •  Pemakaian Doti digayakan dengan potongan baju
                                                                                                                            yang berlengan pendek atau panjang iaitu Jippa.
                                                                                                                         •  Doti merupakan pakaian harian lelaki kaum India.


                                                                                                                                                                       Jippa








                                                                                                                                              Perhiasan kepala


                                                                                                                                                                            Doti










                                      Cheongsam                                                                                                      Gelang tangan


                                 •  Cheongsam merupakan pakaian wanita kaum Cina.                                                                            Sari
                                     Pakaian ini mempunyai potongan labuh atau singkat
                                     dan berbelah di tepi.
                                 •  Bahagian kolar Cheongsam mempunyai kolar yang                                                                       •  Sari merupakan pakaian wanita kaum India
                                     tinggi dan susunan butang dalam kedudukan serong                                                                       yang menggunakan kain ela.
                                     pada bahagian dada.                                                                                                •  Teknik melilit kain memerlukan kemahiran
                                 •  Perhiasan seperti anting-anting serta rantai merupakan                                                                  agar lilitan yang membalut tubuh kelihatan
                                     pelengkap kepada pemakaian Cheongsam.                                                                                  kemas dan rapi.
                                                                                                                                                        •  Gelang tangan, gelang kaki, rantai leher,
                                                                                                                                                            anting-anting serta perhiasan kepala adalah
                                                                                                                                                            pelengkap kepada pemakaian Sari.

                                                                     (Sumber: Koleksi Zubaidah Sual)                                                                               (Sumber: Koleksi Zubaidah Sual)
        14                                                                                                                                                                                                      15
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27