Page 18 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 KSSMPK KS
P. 18

MODUL 1


           Istana Lama Seri Menanti                                                                                      (iv) Kenderaan

           Istana Lama Seri Menanti terletak di kawasan yang dikelilingi oleh sawah                                     Kenderaan merupakan sesuatu benda atau mesin yang dinaiki oleh manusia
    MODUL 1
           dan bukit yang permai. Keindahan kawasan ini menjadi pusat pemerintahan                                      untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Tenaga manusia dan
           Raja-raja Negeri Sembilan zaman silam. Reka bentuk istana ini menunjukkan                                    haiwan digunakan untuk menggerakkan kenderaan pada masa dahulu.
           pertalian dengan alam Minangkabau. Istana ini dibina tanpa sebatang paku dan
           semuanya diperbuat daripada kayu dari tiang hinggalah ke atapnya. Bahagian
           yang perlu dipaku disambung dengan              kayu yang dipanggil pasak.                                   Kereta Lembu
           Bahagian-bahagian pada istana ini                  juga diukir dengan ukiran yang                            Kereta lembu mula digunakan sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kereta
           menarik dan bernilai tinggi. Hasil                     ukiran ini melambangkan                               lembu mempunyai empat bahagian, iaitu badan, roda, balak atau gandar, dan
           ketinggian budaya masyarakat                           Melayu.
                                                                                                                        kajang (bumbung). Selain dijadikan sebagai kenderaan pengangkutan, kereta
                                                                                                                        lembu juga digunakan untuk mengangkut padi, rumput, kayu api, dan sebagainya.




                                                                                                                                                                     Pak

                                                                                                                                                                                 Tali pacu



                                                                                                                                                                                                 Pasang




                                                                                                                                                                                                   Tongkat
                                           Istana Lama Seri Menanti
           Masjid Kampung Laut

           Masjid Kampung Laut dipercayai sebagai masjid tertua di Asia Tenggara. Tapak
           asal masjid ini terletak di Tumpat, Kelantan. Masjid ini telah dipindahkan ke Pusat
           Pengajian Islam Nilam Puri. Masjid ini dibina tanpa sebarang paku pada sekitar
           kurun ke-18. Seni bina masjid ini mempunyai persamaan dari segi bumbung
           perabung lima dengan Masjid Demak di Jawa, Masjid Kono di Champa, Masjid
           Nad Tanjung, dan Masjid Wadi Hussein di Thailand.







                                                                                                                         Brek                                                                           Bom
             Masjid Kampung Laut

                                                                                                                                       Balak


                                                                                                                         Gegantang
                                                                                                                                                             Kereta lembu Melaka

        10                                                                                                                                                                                                       11
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23