Page 20 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 KSSMPK KS
P. 20

MODUL 1


           Perahu                                                                                                        (v) Pakaian

           Perahu merupakan pengangkutan air yang digunakan pada zaman dahulu.                                          Kepelbagaian pakaian tradisional dapat dilihat di seluruh Semenanjung Malaysia,
    MODUL 1
           Perahu diperbuat daripada kayu cengal atau meranti. Perahu dibahagikan                                       Sabah, dan Sarawak. Pakaian bukan sahaja berfungsi sebagai bahan untuk menutup
           kepada empat bahagian iaitu bangau, caping atau koyan, okok, dan badan.                                      tubuh badan tetapi juga mempunyai nilai estetika. Dalam aspek sosial, pakaian
           Pada zaman dahulu, perahu digunakan sebagai pengangkutan untuk                                               dapat mencerminkan adab, perilaku dan status individu yang menggayakannya.
           mengangkut barang-barang dagangan.

                                                                                                                         Pakaian Tradisional Melayu
                                                                                    Bangau


                                                                                    Caping atau                                             Baju Kebaya
                                                                                    Koyan
                                                                                                                                         • Baju Kebaya mempunyai potongan yang
                                                                                    Okok                                                    labuh dan berbelah di hadapan.

                                                                                                                                         • Baju Kebaya bertangan panjang yang
                                                                                                                                            berpesak lurus di hadapan, berkekek,
                                                                                                                                            dan berbelah di bahagian dada.
                                                                                    Badan
                                                                                                                                         • Baju Kebaya dipakai bersama dokoh
                                                                                                                                            yang sejajar sebagai pelengkap.
                                                                                                                                         • Pemakaian perhiasan diri seperti
                                                           Perahu kolek, Kelantan
                                                                                                                                            subang, cucuk sanggul dan gelang
           Beca                                                                                                                             tangan menambah seri pemakai.
           Beca merupakan kenderaan darat beroda tiga yang dikayuh oleh seseorang.
           Beca mempunyai bahagian pengayuh sama ada di sebelah sisi penumpang,
           di bahagian belakang penumpang, dan di bahagian hadapan penumpang.
           Bumbung dipasang untuk meneduhkan penumpang. Terdapat juga beca
           yang digunakan khusus untuk mengangkut barang.


                                                                                      Bumbung


                                                                                                                                         Baju Melayu Cekak Musang


             Tempat duduk                                                                                                             •  Baju Melayu Cekak Musang mempunyai
             penumpang                                                                                                                   kolar yang tinggi.

                                                                                                                                      •  Baju Melayu Cekak Musang dipakai bersama
                                                                                      Pengayuh                                           lima butang sejajar sebagai pelengkap.

                                                                                                                                      •  Lima butang merujuk kepada lima rukun Islam.
             Tongkat                                                                                                                  •  Pemakaian samping di bahagian luar
                                                                          Beca Pulau Pinang
                                                                                                                                         dikenali sebagai dagang luar.

        12                                                                                                                                                                                                      13
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25