Page 7 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 KSSMPK KS
P. 7
PENDAHULUAN
82
Modul 5 Reka Bentuk
Unit 1 : Rekaan Dua Dimensi (2D) 84 Buku teks Pendidikan Seni Visual Pendidikan Khas Tingkatan 4 ini
Unit 2: Rekaan Tiga Dimensi (3D) 93 memfokuskan keseluruhan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Unit 3: Reka Bentuk Industri (DSKP), serta Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas
101
(KSSMPK). Kandungan dalam buku ini merangkumi Standard Kandungan
(SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang disediakan oleh Bahagian
Modul 6 Kraf Tradisional dan Dimensi Baharu 110 Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku
ini memberi fokus kepada perkembangan pemikiran seni visual dalam
Unit 1 : Seni Seramik kalangan Murid Berkeperluan Khas (MBK).
112
Unit 2: Seni Serat dan Tekstil Kandungan buku ini meliputi tujuh modul iaitu:
122
Modul 1 : Sejarah dan Apresiasi Seni Visual
Modul 2 : Asas Seni Reka
Modul 3 : Seni Halus
Modul 7 Folio Seni Kreatif 130 Modul 4 : Komunikasi Visual
Modul 5 : Reka Bentuk
Unit 1 : Folio Komunikasi Visual 132 Modul 6 : Kraf Tradisional dan Dimensi Baharu
Modul 7 : Folio Seni Kreatif
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam KSSMPK bagi
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual mengutamakan pembelajaran
Glosari 136 secara inkuiri yang berasaskan projek. Murid didedahkan dengan aktiviti
Rujukan 138 eksperimentasi media dan teknik bagi pengukuhan pemahaman
khususnya terhadap aspek bahasa seni visual. Di samping itu, pengetahuan
seni visual yang dipelajari disesuaikan dan diaplikasi dalam kehidupan,
masyarakat, dan alam sekitar.
Bagi memastikan matlamat dan objektif KSSMPK bagi mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual tercapai, elemen merentas kurikulum
yang sedia ada ditambah dengan elemen sains dan teknologi, kreativiti
dan inovasi, keusahawanan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK),
serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Selain itu, nilai murni dan sikap
positif, serta budaya kerja yang baik turut diterapkan.
Diharapkan semoga segala idea dan buah fikiran yang diadun dapat
membantu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
melahirkan murid yang berupaya mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan
mencipta secara kreatif dan inovatif seiring dengan Kemahiran Abad Ke-21.
iv v

