Page 10 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 KSSMPK KS
P. 10
Modul 1 1.1 Perkembangan Seni dan Sosial Budaya
di Malaysia
SEJARAH DAN APRESIASI Murid boleh:
SENI VISUAL 1.1.1 Menyatakan sejarah dan perkembangan seni dan
sosial budaya di Malaysia.
1.1.2 Menerangkan fungsi dan tradisi seperti yang
dinyatakan melalui:
(i) Peralatan (iv) Kenderaan
(ii) Alat permainan (v) Pakaian
(iii) Seni bina (vi) Perhiasan diri
1.1.3 Menyediakan dokumentasi ringkas perkembangan
seni dan fungsi seni serta tradisi.
Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual ini memberi tumpuan
kepada sosiobudaya dan tradisi masyarakat di Malaysia. Tradisi yang
wujud dalam anggota masyarakat di Malaysia tercetus daripada
kepelbagaian sosiobudaya. Pengetahuan dan pemahaman tentang
bidang ini dapat meningkatkan penghargaan dan kecintaan terhadap
warisan budaya bangsa.
Malaysia telah mendapat kemerdekaan
pada tanggal 31 Ogos 1957 dan sehingga
tahun 2018 direkodkan Malaysia mempunyai
INFO
lebih daripada 32.4 juta penduduk yang
terdiri daripada pelbagai kaum serta etnik.
2 3

