Page 12 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 KSSMPK KS
P. 12
MODUL 1 MODUL 1
UNIT Perkembangan Seni dan Sosial Budaya
1 di Malaysia
MODUL 1
Budaya ialah keseluruhan cara hidup
merangkumi cara bertindak, berkelakuan,
dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan Kepelbagaian kaum dan
penciptaan yang berupa kebendaan atau etnik di Malaysia:
kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, • Melayu
dan peradaban. Budaya yang diamalkan • Cina
dan diwarisi sama ada dari aspek kesenian, • India
bahasa, adat resam, muzik, agama, • Sabah
kepercayaan mahupun undang-undang • Sarawak
mempunyai keunikannya yang tersendiri
bagi setiap kaum.
Sosial dan budaya merupakan amalan
yang berkaitan dengan gaya hidup dan
peradaban bagi sesuatu masyarakat.
Kepelbagaian penduduk di Malaysia telah Hubungan interaksi sosial:
mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi • Cara hidup
pegangan dan amalan hidup mereka. • Kepercayaan
Kepelbagaian budaya yang diamalkan oleh • Adat istiadat
penduduk di Malaysia menjadikan mereka • Pendidikan
saling hormat-menghormati antara satu
sama lain.
Seni bermaksud kebolehan mencipta
sesuatu seperti lukisan, ukiran, kraf, dan
sebagainya yang indah-indah. Seni dan
budaya adalah sesuatu yang tidak boleh
dipisahkan kerana kedua-dua elemen ini Budaya benda:
saling berkait antara satu sama lain. Seni • Peralatan
yang wujud dalam kalangan masyarakat • Alat permainan
di Malaysia hasil daripada asimilasi • Seni bina
pelbagai kaum. Budaya benda yang • Kenderaan
terhasil daripada hubungan sosiobudaya • Pakaian
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia • Perhiasan diri
ialah peralatan, alat permainan, seni bina,
kenderaan, pakaian, dan perhiasan diri.
NOTA GURU
4 1.1.1 Guru menyatakan sejarah dan perkembangan seni dan sosial budaya di Malaysia. 5

