Page 154 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 154

Meriahnya


                                     Hari Kantin





                            Laporan Hari Kantin

      T       Pada hari Sabtu yang lalu, Sekolah Menengah
      E
      M       Kebangsaan Seri Pesona telah mengadakan
      A       hari  kantin. Hari kantin itu diadakan di kantin
              dan kawasan persekitaran sekolah. Program ini
     8        diadakan pada pukul 9:00 pagi hingga 3:00 petang.
              Hari kantin ini dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG,
              Tuan Haji Hassan bin Hamid. Tujuan hari kantin
              ini diadakan adalah untuk mencari dana. Selain itu,
              murid dilatih untuk berniaga dengan cara yang
              efektif. Dana tersebut digunakan untuk membeli
              komputer dan membaik pulih prasarana sekolah.
                  Sebanyak 20 buah gerai telah dibuka. Pelbagai
              makanan dan minuman ada dijual. Pertandingan
              menyanyi, mewarna, memanah dan gerai terbersih
              juga diadakan. Cabutan bertuah turut diadakan
              untuk menarik perhatian para pengunjung. Pelbagai
              hadiah menarik telah disediakan. Kehadiran
              ibu bapa, komuniti setempat  dan  murid-murid
              sungguh menggalakkan.  Hari kantin ini berjaya
              mencapai sasarannya.


              Disediakan oleh,
              Nadira                            ayat tunggal   Ayat tunggal terdiri daripada satu

              ___________________                              subjek dan satu predikat.
              (NADIRA BINTI NAZIR)              ayat majmuk    Ayat majmuk ialah ayat yang
              Setiausaha Karnival,                             mengandungi dua atau lebih
                                                               ayat tunggal. Ayat tunggal ini
              SMK Seri Pesona.                                 disambungkan dengan kata hubung
                                                               seperti dan, atau, kecuali, tetapi,
                                                               sambil, seraya dan lain-lain.



             Kenal pasti dan salin semula ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat
             dalam petikan.

           144
           144               Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk.
                     3.4.2
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159